Ustaz Azhar Idrus (UAI) antara pendakwah yang disegani dan mempunyai ramai peminat kerana cara dakwahnya yang santai.
Pun begitu, pihak UAI difahamkan terpaksa membatalkan kuliah Maghrib yang sepatutnya diadakan sebuah masjid di Shah Alam, Selangor pada 26 Februari ini.
Dalam sebuah hantaran di Facebook, pendakwah tersebut mengumumkan berita sedih itu dan memberitahu ia dibatalkan atas arahan Jabatan Agama Negeri Selangor (JAIS).
https://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original/posts/pfbid0WK54m1DTPC6cw79x99twXvHL5eePuXBhSEaPXyh1iTUJipqDk6Xu5sBp1yPA4xKsl
“Mohon maaf kepada rakyat Selangor kerana tidak dapat menyampaikan kuliah di negeri anda,” tulisnya.
Ujar kenyataan tersebut, kuliah Maghrib pada tarikh yang sama itu akan ditukarkan ke Masjid Ar-Rahimah Kampung Pandan, Kuala Lumpur.
“Bila orang ajak buat maksiat dialu-alukan…”
Dalam laporan Sinar Harian, seorang guru yang lantang bersuara di media sosial Fadli Salleh meluahkan rasa hampa dengan keputusan pembatalan kuliah Maghrib tersebut.
“Sedihnya bila orang mengajak buat maksiat dialu-alukan, orang mengajak mengingat akhirat dan ladang pahala, disekat,” tulisnya di ruangan komen.
Selain itu, rata-rata netizen yang berada di kawasan sekitar turut meluahkan rasa hampa lebih-lebih lagi yang menunggu kedatangan pendakwah tersebut.
Semoga ada penjelasan lah kan…