Korang mesti pernah dengarkan pasal tren Bukit Bendera tiba-tiba rosak masa tengah naik bukit? Atau korang pernah experience sendiri benda ni jadi.
Malam semalam, tren Bukit Bendera sekali lagi dilaporkan rosak sehingga lebih 1,000 pengunjung terkandas di stesen atas bukit!
Menurut The Star, kerosakan ini berlaku selepas sistem funikular tren mengalami kesilapan dan pengunjung yang terkandas terpaksa dibawa turun ke Taman Botanikal menggunakan kenderaan 4WD.
Insiden ini dikatakan berlaku pada jam 7 malam dan proses pemindahan mengambil masa sehingga jam 11.30 malam selepas kesemua penumpang selamat dibawa turun.
Untuk pengetahuan korang, ini adalah kali ketiga tren Bukit Bendera mengalami kerosakan selepas perkara yang sama turut berlaku pada bulan Oktober dan November.
“Bila nak improve”
Ekoran ini, ramai netizen termasuk pengunjung yang terkandas kerana kerosakan ini telah mempersoalkan pengurusan tren di Bukit Bendera yang dilihat tiada penambahbaikan walaupun kejadian yang sama berlaku berulang kali.
Ada juga yang menasihatkan orang ramai untuk tidak berkunjung ke Bukit Bendera bagi mengelakkan perkara seperti ini berlaku.
https://twitter.com/inatashaaarosli/status/1470011551222403073?s=20
Aduhhh, kesian pulak tengok orang-orang yang tersadai ni. Lagi-lagi orang berumur dengan budak-budak kecil, harapnya pihak pengurusan bolehlah lakukan selenggaraan supaya benda macam ni tak jadi terlalu kerap.