in

“Bila masa pula ni”- Fiza Halim Nafi Bercinta Dengan Engku Emran

F4 Fiza Halim

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, kecoh di media sosial tentang ada dakwaan yang mengatakan bahawa Engku Emran dikatakan sedang bercinta dengan pelakon wanita iaitu Fiza Halim.

Dakwaan itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen kerana Engku Emran merupakan suami kepada Noor Nabila yang juga merupakan kakak kepada selebriti Neelofa.


Namun, Fiza Halim telah tampil menafikan dakwaan tersebut kepada wartawan, lapor Harian Metro.

https://www.instagram.com/p/CrwBcM3SXv8/

Menurut Fiza, dia terkejut dengan dakwaan tersebut kerana baginya gosip itu tidak berasas sama sekali.

Dia hanya mendapat tahu tentang gosip berkenaan daripada sahabat dan kakak angkatnya yang menangkap layar tentang komen warganet tentang dakwaan itu di laman sosial Instagram.

Tambahnya lagi, dia sendiri tidak pernah berjumpa dengan Engku Emran sebelum ini di mana-mana acara.

Saya sendiri tak pernah kenal pun dengan Engku Emran,” kata pelakon yang berusia 42 tahun itu.

Fiza juga mengatakan dia turut pelik macam mana gosip itu boleh dikaitkan dengan anaknya sebab ada gosip mengatakan Engku Emran berjumpa dan membawa anak-anaknya keluar.

Sedangkan anak-anak Fiza tidak dibenarkan keluar rumah sesuka hati.

Tambahnya lagi, tak logik kalau ada dakwaan yang mengatakan suami Noor Nabila itu membawa anak-anaknya keluar tanpa pengetahuannya.

Ee Fh

Terdahulu, terdapat sekeping gambar yang tular di media sosial yang menunjukkan dua orang budak perempuan yang dikatakan anak Fiza bergambar bersama Engku Emran.

Namun, di ruangan komen gambar yang tular itu, ada netizen yang mendakwa bahawa dua orang remaja perempuan itu bukanlah anak -anak Fiza, sebaliknya mereka berdua adalah anak saudara Engku Emran.

Mungkin muka budak-budak tu nak hampir seiras kot, bak kata peribahasa, pelanduk dua serupa.

Lagipun kan ada tujuh orang yang berwajah sama di dunia ni. 

Walau bagaimanapun, menurut Fiza, dia tidak lagi peduli dengan gosip sebab kini dia dah 25 tahun berada dalam industri hiburan, jadi dirinya dah lali dengan komen atau kecaman warganet.

Sumber: Harian Metro

Baca: Viral Gambar Dengan 2 Remaja, Netizen Spekulasi Engku Emran & Fiza Halim Bercinta?

Ft Fiza Halim Bercinta Dengan Engku Emran

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.