in

“Bila majikan cakap kita keluarga…” – Ramai Setuju Ayat Sentap Hazeman Huzir Pasal ‘Janji Palsu’ Majikan

Hazeman Bagi Ayat Sentap Kepada Bos

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Persekitaran kerja yang toksik dan tiada work life balance selalunya menjadi punca individu zaman sekarang berhenti kerja.

Walau bagaimanapun, tak semua orang ada keberanian untuk berhenti kerja oleh sebab beberapa kekangan yang mereka perlu lalui.


Namun nasihat ‘sentap’ yang diberikan bekas pengacara TV dan Youtuber Hazeman Huzir ini nampaknya telah membuka mata ramai pihak.

“Penipuan paling besar di alam pekerjaan adalah…” 

Menerusi perkongsiannya di TikTok, Hazeman telah menjawab pertanyaan netizen yang memintanya untuk memberi kata-kata semangat untuk berhenti kerja.

Menurut Hazeman, antara penipuan terbesar yang sering dilakukan majikan ialah menganggap kesemua ahli syarikat sebagai pekerja dan mereka harus bekerja keras demi kejayaan syarikat tersebut.

Walau bagaimanapun, hakikatnya sangat berbeza kerana kebanyakan dari kita tidak mendapat bayaran yang setimpal dan kehilangan work life balance.

Pukul 6 kita nak balik pukul 5.30 dia bagi kerja. Esok ada meteor ke asteroid ke nak hempas ke bumi ni sampai tak boleh nak bagi esok?

“Itulah orang lain naik pangkat, kau nak naik pangkat. Orang lain jadi bos kau sibuk nak jadi bos. Aku tahu yang tengok ni manager-manager bukan suka apa aku cakap ni tapi kau tahu aku betul,” katanya.

“Betul la tu, kul 5 balik, 4.50 panggil meeting. S*mdol” 

Menerusi bahagian komen video tersebut, rata-rata netizen telah meluahkan rasa marah dan kecewa mereka terhadap majikan serta bersetuju dengan apa yang dikatakan Hazeman.

Marah Bos

Apa-apapun nasihat min, kalau korang dah betul stress dan tak mampu lagi nak bekerja di syarikat sekarang, sebaiknya berhentilah. Kesihatan mental lagi penting.

Baca: Meskipun Bergaji RM10.8k, Lelaki Ini Mahu Berhenti Kerja Kerana Terlalu Bosan Di Pejabat

Bos

Sumber: Twitter
Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.