Baru-baru ini, viral satu video Teresa Kok di media sosial dan ia telah mengundang kemarahan orang ramai kerana mereka anggap ia ada berbaur ugutan. Kejadian tersebut dikatakan ada sedikit persengketaan antara dirinya dengan pihak polis.
“Sekarang baru pukul 10 malam dan mereka nak kami bersurai, bila kami jadi kerajaan nanti, tahulah!”
Menurut sumber, kejadian ini berlaku di Yong Peng, Batu Pahat, Johor pada Sabtu lepas (26 Februari 2022) dimana satu majlis untuk DAP diadakan.
Dikatakan, majlis tersebut sepatutnya dijalankan bermula pada pukul 8.30 malam hingga 10 malam. Walaubagaimanapun, Teresa dipercayai lewat sampai ke majlis tersebut jadi dia membuat rundingan untuk tambah lagi waktu untuk majlis tersebut tanpa diganggu.
Dia juga mengatakan bahawa majlis itu mula lambat, jadi mereka sepatutnya beri lanjutan masa. Bagaimanapun pihak polis tetap dengan pendirian mengatakan ‘tak boleh’.
Maka keluarlah kata-kata yang menjadi tumpuan di media sosial sekarang, boleh tengok video kat bawah ni…
https://www.facebook.com/watch/?v=667322861242379
Respon polis
Tak lama selepas video itu mula tular, Ketua Polis Daerah Batu Pahat semalam (29 Februari) ada tampil beri keterangan menerusi Facebook.
Ia berikutan dengan banyak aduan yang diterima, jadi pihak polis telahpun menjalankan siasatan dan mendapati bahawa majlis itu telah mendapat kebenaran polis dan tiada pelanggaran SOP. Walaubagaimanapun, mereka masih membuat penyiasatan lanjut.
Oleh itu, pihak polis meminta orang ramai untuk sentiasa patuh dengan SOP agar dapat membendung penularan virus Covid-19.
Baca : “Kerajaan MALAYSIA akan sumbang 18 juta sarung tangan untuk Wuhan” – Teresa Kok