in

“Bila kena paksa dengan member” – [VIDEO] Aksi Pemuda Terjun Sungai Pakai Helmet Buat Netizen Geli Hati

Ft Sungai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang perasan video hidden gems dekat Malaysia dah banyak keluar dekat fyp Tiktok korang kan. Banyak gila tempat-tempat yang menarik dan cantik  untuk lakukan aktiviti yang sesuai bagi mereka yang sudah ambil dua dos vaksin. Yang tak ambil lagi jangan nak ngada-ngada ikut.


Dalam perkongsian @tunyyy22, dia juga telah memuat naik video di akaun Tiktoknya di mana dia dan rakan-rakannya pergi mandi di salah satu sungai yang terdapat di Malaysia. Bestnya!

Tapi yang menarik dengan video ini bukanlah pada tempatnya tapi…

@tunyyy22

Bile membe call paksa2 kau datang nak mandi sungai punya pasal be like hahaha ? #fyp

♬ original sound – Tunyyy22 – Tunyyy22

First time tengok”

Korang tengok la apa yang dia buat! Setibanya dia di sana, dengan muka ‘terpaksa’ ikut, @tunyyy22 atau Shahrul telah terjun sungai dengan memakai helmet dan beg. Tak pernah dibuat orang.

Difahamkan, Shahrul dipaksa oleh rakan-rakannya untuk pergi mandi di salah satu sungai di Gombak tapi dia malas nak pergi. Katanya, rakannya menelefon  banyak kali semasa dia sedang bekerja untuk ajak ke sana. Dia terpaksa kerja half day dan ambil keputusan untuk pergi juga. Betul friendship matters, terbaik.

“Ada-ada je”

Aksi Shahrul yang lucu itu telah menarik hampir setengah juta tontonan di Tiktoknya. Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Shahrul dan tidak menyangka dia akan melakukan perkara sedemikian.

Antara komen netizen yang min tertarik untuk kongsi:

Komen Mandi

Shahrul berkata, dia taknak buang masa kerana dia merupakan orang paling lewat dan orang yang terakhir sampai ke sungai itu. Patutla terus terjun.

Video dekat Tiktok tak pernah mengecewakan, ada saja nak buat orang gelak.

Baca: Pelanggan Di Kedai Ini Boleh Dapat Makanan Percuma Kalau Berjaya Jawab Soalan Matematik

Kedai E1630900909867

Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.