in

“Bila hodoh & sakit terus buang” – Lelaki Terkilan Lihat Kucing Yang Pernah Diselamatkan Dibuang Buat Kali Kedua

Ft Kucing Dibuang 2 Kali

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang pemuda yang juga penyelamat haiwan liar meluahkan rasa marah dan kesal terhadap sikap segelintir pemilik haiwan peliharaan yang tidak bertanggungjawab dalam memelihara kucing.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, pihaknya ada menerima aduan berkenaan dengan kucing jalanan di sesuatu kawasan kerana tempat itu bakal mengadakan festival makanan.


Artikel berkaitan : ⁠”Dia bawa banyak makanan kucing” –  Tindakan Lelaki Ini Bagi Makan Kepada Kucing Jalanan Dipuji Orang Ramai

Artikel berkaitan : “Tak nak maafkan” – Gadis Bagi Kucing Hisap R*kok Buat Permohonan Maaf

Jelasnya lagi, pihaknya mendapat makluman bahawa kebanyakan kucing-kucing jalanan di situ telah dibuang di tempat perlupusan sampah. Namun begitu, ketika proses menyelamat kucing-kucing itu dilakukan, hatinya luluh apabila melihat salah satu daripadanya telah dibuang buat kali kedua.

DIsebabkan itu, pihaknya terus menyelamatkan kucing-kucing jalanan di Kelantan dengan bantuan Pertubuhan Prihatin Haiwan Kelantan. Malah pihaknya terus berbincang dengan pihak majlis daerah Pasir Mas untuk melepaskan kesemua kucing itu di sebuah pusat perlindungan yang akan dibuka di daerah itu.

https://www.tiktok.com/@ffjkento/video/7332565873674161416?_r=1&_t=8jflELAn7Yn&social_sharing=1

“Ye lah daripada dibuang di tempat perlupusan sampah. Mereka nak makan apa? Sedih memikirkan nasib kucing jalanan yang tidak bersalah.”

Disebabkan geram, lelaki ini juga menempelak sikap segelintir pemilik haiwan peliharaan yang ‘hangat-hangat tahi ayam’ kononnya mengatakan diri pencinta haiwan tetapi ‘lepas tangan’ apabila kucing tersebut dah tak comel dan sakit.

“Disebabkan sikap manusia yang acah pencinta kucing. Bela ketika comel sahaja, bila hodoh dan sakit terus buang. Manusia sekarang hanya pentingkan diri. Tak nak berkongsi dunia Allah bagi pinjam.”

Dalam pada itu, pihaknya juga turut memberikan cadangan agar pihak majlis bandaraya untuk lebih tegas dengan membuat larangan dan amaran keras jika membuang haiwan peliharaan dengan tindakan tegas kepada pembuang.

Berkenaan dengan kucing-kucing tersebut, dilihat kesemuanya kini berada di tempat yang selamat

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.