Semalam, tular satu ciapan di aplikasi X di mana seorang individu berusia 22 tahun dilaporkan hilang sejak petang semalam.
Individu berkenaan dilaporkan hilang oleh ahli keluarga apabila dia tidak dapat dihubungi ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja dengan menaiki MRT.
Artikel berkaitan: Pernah Menjuarai Gegar Vaganza, Cliff Umar Mengaku Bersalah Miliki Dadah
Artikel berkaitan: Bebas Tuduhan Dadah, G-Dragon Nak Tubuhkan Yayasan Anti-Dadah Untuk Bantu Belia Korea
Pun begitu, awal pagi ini, kakak kepada individu tersebut menerusi laman X miliknya @syaidailmuna memberitahu adik lelakinya itu sudah dijumpai dan berada dalam keadaan selamat.
Menurut thread tersebut, adiknya yang bernama Muhammad Daanish itu didatangi oleh dua orang individu dipercayai pegawai Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) secara tiba-tiba dan meminta kad pengenalan pemuda itu.
Adik saya dalam perjalanan pulang dari tempat kerja tiba-tiba didatangi dua individu, dipercayai pegawai AADK meminta dia mengeluarkan IC. Mind you, they do not introduce themselves, berpakaian pereman.
— Syaida Ilmuna ?? (@syaidailmuna) June 12, 2024
Malah, terdapat juga kecederaan kecil di pergelangan tangan adiknya itu kerana bergelut dengan dua orang pegawai tersebut. Bercakap kepada Lobak Merah, adiknya itu dibawa ke AADK cawangan Cheras.
“Di sana (lokap) mereka tak bagi dia contact family, duduk bercampur dengan penagih dalam satu sel.
Pagi ini, bila urine didapati clear, mereka lepaskan adik saya bersama 4 lagi orang individu yang mereka randomly tangkap,” tulisnya.
Kongsinya, kekeliruan itu menyebabkan seluruh ahli keluarganya bertambah risau selain meminta netizen untuk mencadangkan apa yang perlu dilakukan oleh pihak keluarganya.
Dalam pada itu, ahli keluarga mangsa menegaskan pihaknya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak berkenaan isu itu namun mahukan penjelasan mengapa adiknya tidak dibenarkan untuk menghubungi keluarga ketika tangkapan dijalankan.
Sumber: X