in

“Bila-bila masa boleh beli”- Durian Di Singapura Ini Dijual Melalui Mesin Layan Diri

Mesin Layan Diri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apabila tiba musim raja buah iaitu durian di Malaysia, kita dapat lihat banyak gerai yang menjual durian muncul di tepi-tepi jalan, macam cendawan lepas hujan.

Namun, di Singapura pula, penjual durian yang dikenali sebagai jenama Kaki Kaki telah menjual durian dengan cara yang berbeza iaitu melalui mesin layan diri atau vending machine.


Memetik laporan The Straits Times, mesin layan diri durian itu diletakkan di stesen MRT Tampines untuk memudahkan sesiapa yang mahu membeli durian pada bila-bila masa.

13 1

Artikel Berkaitan: “Apa tujuan buka baju? – Peniaga Durian Tak Malu Tayang ‘Body’ Undang Perhatian Netizen

Artikel Berkaitan: “Memang nikmat tapi mudarat” – Doktor Kongsi 7 Makanan & Minuman Perlu Dielak Lepas Makan Durian

Difahamkan, mesin layan diri itu menjual isi durian dengan berat 400g itu dijual dengan harga 38 SGD (kira-kira RM125) namun pembeli boleh mendapatkannya dnegan harga 18 SGD (lebih kurang RM59) ketika tempoh promosi bermula 24 Januari hingga 12 Februari ini.

Stok isi durian yang habis dijual difahamkan akan ditambah semula setiap hari manakala stok yang tidak habis dijual pada hari tersebut akan dijadikan puri durian dan digunakan untuk membuat kek.

12 1

Syarikat Kaki Kaki itu yang mempunyai lebih 10 tahun pengalaman dalam bidang jualan durian ini memutuskan untuk menjual durian mereka menggunakan mesin layan diri kerana mahu ia menjadi lebih mudah kepada orang ramai.

Bila-bila masa pun boleh beli kan kalau craving durian dengan mesin layan diri ni. 

Selain itu, syarikat ini turut menawarkan perkhidmatan penghantaran durian ke rumah pelanggan dan juga mempunyai gerai di pasar Tiong Bahru.

Sumber: The Straits Times

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.