Ramai yang terkejut bila tengok bil elektrik sejak dua bulan kebelakangan ni. Mana tidaknya, cuaca memang panas dan bahang betul sampaikan waktu malam pun berpeluh kalau tak pasang aircond.
Bukan tu je, walaupun korang tak pasang aircond untuk masa yang lama atau penggunaan korang tak berubah macam bulan sebelum ni tapi bil elektrik naik jugak ini kerana bila cuaca panas, aircond korang kena kerja lebih untuk jadikan bilik atau rumah korang sejuk jadi bila kerja keras, bil pun keraslahhh.
Jadi untuk jimatkan bil elektrik korang, dekat bawah ni min share beberapa cara mesra alam untuk sejukkan rumah atau bilik tanpa menggunakan aircond.
5 Cara Untuk Sejukkan Rumah Tanpa Guna Aircond
1. Tutup tingkap
Bila berlakunya gelombang haba, biasanya benda yang kita buat untuk sejukkan rumah adalah dengan membuka tingkap dan langsir kan? Tapi sebenarnya, kalau korang biarkan tingkap dan langsir korang tutup ketika matahari tengah sangat terik, korang boleh sejukkan rumah tau.
Jadi, apa yang korang boleh buat adalah buka tingkap untuk udara masuk ketika awal pagi atau lewat petang tapi masa tengah terik korang tutup tingkap dan kalau boleh halang juga cahaya masuk ke dalam rumah dengan menggunakan langsir tebal.
2. Ubah suai kipas
Korang perasan tak bila korang guna kipas masa tengah bahang, mesti rasa panas jugakkan? Walaupun korang dah hala kipas dekat muka sekalipun tetaplah terasa panasnya. Ini kerana bila korang guna kipas, ia hanya akan meniupkan haba panas pergi dekat korang atau sekeliling bilik.
Jadi apa yang boleh korang buat adalah, cuba halakan kipas korang ke arah tingkap terbuka untuk tolak keluar udara panas. Selain tu juga, korang boleh letak mangkuk berisi ais dekat depan kipas untuk sejukkan bilik korang dengan semburan dari ais yang sedang cair. Ala macam kat kedai mamak tu!
3. Basuh baju waktu malam
Kalau korang nak tahu, penggunaan mesin-mesin besar akan meningkatkan lagi jumlah haba tau. Jadi salah satu cara untuk korang kurangkan haba dalam rumah adalah dengan menggunakan mesin-mesin besar seperti mesin basuh, oven atau pengering baju pada waktu malam atau masa suhu di luar tak tinggi sangat.
4. Buka tingkap waktu malam
Biasanya waktu malam suhu tak panas sangat dan angin pun selalunya ada, jadi korang ambil peluang ni untuk buka tingkap masa korang tidur. Udara y ang lebih sejuk ni akan beredar sepanjang malam sekaligus bagi korang mulakan hari dengan rumah yang lebih sejuk pada waktu pagi.
5. Sejukkan diri sendiri
Masa cuaca panas ni, penting juga untuk korang sejukkan diri sendiri. Caranya, pastikan korang pakai baju yang nipis dan diperbuat dari kapas atau linen. Kalau korang rasa panas, korang boleh guna pek ais atau kain yang direndam dalam air sejuk dan letakkan pada bahagian pergelangan tangan dan kaki untuk sejukkan badan korang dengan cepat.
Selain tu, korang juga boleh gunakan dehumidifier dekat rumah korang. Benda ni boleh menarik lembapan dari udara dan biarkan kulit korang bernafas dengan lebih baik.
Dalam banyak-banyak cara ni, ramai orang cakap cara nombor dua paling berkesan tau untuk kurangkan rasa bahang dalam rumah. Korang try lah!
Baca: Punkah: Sejarah Kipas Bangsawan Yang Digerakkan Oleh Hamba Untuk Sejukkan ‘Master’