in

“Bikin malu!” – Dua Lelaki Indonesia Dikecam, Main Padel Dekat Kawasan Perkuburan Di Jepun

Main Padel Di Jepang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bak kata pepatah, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. Setiap yang berhijrah ke negara orang itu haruslah pandai menyesuaikan diri mereka dengan keadaan dan budaya tempat di sana.

Namun tidak semua yang boleh berbuat demikian apabila tular sebuah video di X memaparkan dua lelaki didakwa warga Indonesia dilihat sedang bermain padel di kawasan perkuburan di Jepun.


Dalam video berkenaan, kedua-duanya dilihat saling berbalas pukulan dengan jarak di antara mereka hanya dipisahkan dengan seutas tali atau kain panjang berwarna putih.

Dua muslim warga Indonesia bermain padel dekat kawasan perkuburan Jepun. 

“Saya tak rasa saya perlu memberi penjelasan tentang betapa biadapnya sikap ini,” tulis hantaran di X tersebut.

Artikel berkaitan: “T*lol!” –  Rakyat Indonesia Luah Rasa Tidak Setuju, Kerajaan Mereka Sertai ‘Board of Peace’ Tajaan Trump

Artikel berkaitan: Niat Dah Betul Tapi Tindakan Lelaki Berwuduk Guna Sinki Awam Di Jepun Undang Kecaman Netizen

“Kenapa sebut ‘muslim’?”  

Perkongsian itu ternyata menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen di Indonesia dan juga warga Jepun sendiri yang mempertikai tindakan dua individu berkenaan.

Walau bagaimanapun ada juga yang mempersoal sikap pemilik hantaran itu yang dikatakan sengaja mahu memburukkan nama Islam apabila menulis perkataan ‘muslim’ dalam hantarannya.

Jooined

Dalam pada itu, ada juga netizen Indonesia menjelaskan bahawa sebenarnya perbuatan dua individu itu tidak salah kerana mereka sudah bertanya dengan penduduk setempat dan dibenarkan untuk bermain di kawasan itu.

Kedua-dua mereka juga difahamkan tinggal di kawasan berkenaan.

Dibolehin

Sungguhpun begitu, ramai yang meminta agar individu ini menghormati budaya dan penduduk setempat supaya kecaman sebegini tidak lagi berulang.

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.