Setiap kali kita menonton TV, pasti pernah terlintas iklan Serbuk Arang Gigi D’herbs yang mendakwa boleh memutihkan gigi dengan penggunaan kerap setiap hari.
Tapi kenyataan viral seorang doktor, Dr Amalina Che Bakri sebelum ini, yang menafikan arang boleh memutihkan gigi membuatkan ramai terkejut.
Jawapan isteri Aliff Syukri sinis
Dalam entri terbaru di Instagram milik isteri pengasas D’herbs, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid, beliau telah mempromosikan produk kopi terbaru syarikatnya.
Beliau mendakwa, kopi itu boleh memberikan kecergasan kepada sesiapa yang meminum kopi itu kerana kandungan herba di dalamnya.
Lalu menyebabkan seorang netizen menegur posting Shahida tapi jawapan balas diberikan agak sinis.
Aih, lain macam je jawapan Datin?
Dr Amalina nafi condemn produk D’herbs
Posting tu sebabkan netizen berbalah hingga ada yang tag Dr Amalina sendiri bagi mendapatkan kenyataannya pula.
Seperti apa yang sering dilakukan, Dr Amalina tetap memberikan kesedaran mengenai bahaya produk yang boleh mengancam nyawa pesakit berdasarkan kapasitinya sebagai seorang doktor perubatan.
Dan menafikan dakwaan Datin Shahida yang mengatakan dia condemn produk serbuk gigi arangnya.
Buktikan produk secara saintifik
Posting Instagram ini turut dikongsikan oleh Dr Amalina di akaun Twitternya.
Jadi, adalah yang mencadangkan untuk Datin Shahida untuk buktikan dakwaan produknya itu secara saintifik.
Amboi, marah betul korang ye?
Tak salah untuk kita amalkan produk tradisional untuk kesihatan badan tapi kena pastikan ia juga selamat untuk diamalkan.
Apa-apa pun, kita ambil saja pengajaran yang baik dan tinggalkan yang memudaratkan ya!