Sejak isteri tercinta Shuib iaitu Siti Sarah Raisuddin menghembuskan nafas terakhirnya pada 9 Ogos lalu akibat Covid-19, Shuib berusaha keras untuk terus kuatkan diri menjadi bapa yang kuat di depan mata anak-anaknya.
Tambah pula, anak bongsunya, Ayyash Affan telah selamat pulang ke pangkuannya selepas dilahirkan secara pembedahan pada 6 Ogos yang lalu. Sejak itu, Shuib mengambil alih sepenuhnya tugas menjaga kebajikan anak-anaknya lebih-lebih lagi Ayyash Affan.
Terbaharu, Shuib membawa keluarganya untuk bercuti bersama ke Langkawi. Ternyata, ketika percutian itu Shuib menggambarkan rasa rindu kepada arwah isterinya untuk bercuti bersama seperti dulu.
Dalam video yang dikongsikan oleh @langkawiskycab itu, pihak mereka sempat untuk merakam saat Shuib memegang selendang milik Siti Sarah yang digelar sebagai bidadari syurga. Disebabkan perkongsian itu, ramai yang memberi komen tentang rasa rindu Shuib.
Ada juga yang mengatakan bahawa Shuib tidak tunjukkan rasa rindunya secara terang-terangan kepada orang ramai. Bukan itu sahaja, turut ada yang memberi komen bahawa Allahyarham merupakan seorang yang begitu istimewa bagi Shuib sehingga dia sanggup untuk berbuat demikian.
“It’s not easy… Dia bukan tak redha, tapi dia dah terlalu rindu” – Netizen
Situasi itu membuatkan ramai yang turut sama sebak dan mendoakan agar Shuib terus kuat menjalani kehidupan sekeluarga. Malah, rata-rata memuji perbuatan Shuib itu kerana dia menunjukkan rasa rindu yang begitu mendalam kepada arwah Siti Sarah.
Admin doakan supaya Shuib terus kuat untuk menjadi ayah yang mithali untuk anak-anaknya yang masih kecil.