in

“Biasanya folic acid” – Doktor Kongsi Jenis Vitamin Lain Yang Bagus Untuk Kesuburan

d3 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, kecoh di media sosial yang mana netizen menyatakan pendapat mereka mengenai vitamin folic acid yang bagus untuk wanita mengandung. Walau bagaimanapun, ada segelintir netizen yang tidak bersetuju dengan pendapat itu malah menyarankan para ibu makan buah-buahan yang kaya dengan vitamin semulajadi.

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok menunjukkan seorang doktor berkongsi vitamin jenis lain yang bagus untuk kesuburan.


@drhannanikamarudin

Biasanya asyik pesan makan folic acid je … pastu berat naik marah plak… aisyyy jom makan ubat ni plak#doktorperempuan #doktorkegemaran #klinikdrperempuan #anakanak #paeds @KlinikDrhannani2

♬ original sound – Drhannani – Drhannani

Kebiasaannya, para wanita yang baru mendirikan rumah tangga disarankan untuk makan folic acid kerana ia bagus untuk kesuburan. Namun begitu, Dr Hannani berkongsi alternatif lain yang disarankan untuk para wanita mengamalkannya iaitu vitamin D3.

1. Membantu ovum pilih sperma terbaik

Seperti yang kita tahu ada berjuta-juta sel sperma pada setiap kali ejakulasi oleh lelaki. Namun begitu, vitamin D3 membantu telur ataupun ovum wanita memilih sperma yang terbaik untuk disenyawakan.

2. Boleh mengelakkan keguguran

Selepas vitamin D3 ini membantu ovum memilih sperma yang terbaik, risiko keguguran pada awal kehamilan juga dapat dielakkan. Ia juga boleh mengelakkan risiko kecacatan Deoxyribonucleic Acid (DNA) pada bayi tersebut.

Artikel berkaitan: “Berapa banyak nak makan sehari?” – Ini Penjelasan Doktor Tentang Pengambilan Vitamin C

Artikel berkaitan: Ingatkan Vitamin, Wanita Tak Sengaja Tertelan Airpods

3. Mengurangkan risiko telur tak matang

Doktor Hannani berkata, vitamin D3 dapat mengurangkan risiko telur yang tidak matang iaitu Polycystic Ovary Syndrome (PCOS). Menurut Harian Metro, PCOS merupakan masalah endometriosis yang mengakibatkan tiub fallopio tersumbat. Kesannya, penghidap PCOD akan mengalami kesukaran untuk mengandung.

4. Mengurangkan stres pada perempuan

Tambah Doktor Hannani, vitamin D3 boleh mengurangkan stres bagi wanita. Menurut laman web Riverside Village Clinic, vitamin D adalah suplemen yang bagus untuk mengurangkan keletihan, depresi, stres dan lain-lain.

5. Mengurangkan risiko osteoporosis

Menurut WebMD, penyakit osteoporosis adalah keadaan kesihatan yang menyebabkan tulang tidak kuat, mudah rapuh dan lebih cenderung untuk patah. Oleh itu, khasiat yang ada pada vitamin D3 dapat menguatkan tulang terutamanya untuk wanita selepas menopaus.

Doktor Hannani menyimpulkan sumber vitamin D3 boleh didapati melalui cahaya matahari. Oleh sebab itu, vitamin D3 sangat disarankan untuk segelintir wanita yang bekerja secara indoor seperti di pejabat.

Rata-rata netizen di ruangan komen bersetuju dengan Doktor Hannani tentang khasiat vitamin D3.

d3 1 d3 2 d3

Sumber: TikTok, Harian Metro, Riverside Village Clinic, WebMD

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.