in

“Biasalah raya cina ni banyaklah alasan” – Polis Sindir Keluarga Minta Kebenaran Rentas Daerah Sebab Hal Kematian?

Rentas3

Memang benarlah kata pepatah, “lidah lebih tajam dari mata pedang” kerana dengan hanya pertuturan sudah cukup membuatkan seseorang itu sakit dan terguris.

Tipulah kalau tak sakit hati bila hal-hal kematian menjadi bahan sindiran seperti yang netizen ini alami.

 

Biasalah raya cina ni banyaklah alasan”

Kita sedia maklum musim PKP 2.0 ini membataskan kita daripada merentas daerah mahupun negeri, jika ada sesuatu yang penting untuk merentas, sudah semestinya pihak berkuasa memberikan kelonggaran lebih-lebih lagi hal kematian yang sudah dinyatakan sendiri oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini.

Beberapa hari lepas, wanita ini kehilangan orang yang tersayang, tapi apabila ke balai polis untuk mendapatkan kebenaran, dia dikatakan disindir oleh anggota polis.

Polis Polis2

Perkongsian yang telah meraih lebih daripada 24K retweets sejak ia dimuat naik pada 12 Februari lepas ini telah mengundang kemarahan netizen, malah ramai yangg speechless apabila ketahui cara pihak polis itu berkata kepadanya.

Walaubagaimanapun, ayahnya tenang dan membiarkan sahaja supaya tak nak isu ini dipanjangkan kerana menurut wanita ini, dia ingin mendedahkan identiti anggota polis tersebut.

Memandangkan kes ini viral di media sosial, wanita ini menjelaskan sewaktu permohonan dibuat, dia mempunyai segala dokumen untuk dilampirkan dan sindiran itu dibuat sebelum dokumen-dokumen itu diberikan.

Eubuml8Vcaqzoiq

 

Reaksi netizen

Polis3 Polis4 Polis5

Mungkin pihak polis itu masih belum tahu tujuan sebenar dan anggap bahawa tujuan hanya untuk saja-saja. Ada kemungkinan juga selepas dokumen itu dilampirkan dia jadi terus percaya.

 

Baca : “Cuba rentas negeri naik teksi” – Lelaki Bangladesh Dipenjara 2 Tahun, Denda RM12,000 Sebab Cuba Rasuah Polis Ketika Ditahan di ‘Roadblock’

Rentas

 

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter