Persoalan telah terjawab apabila Gila dendangan Kaka Azraff, Loca B dan Noki dinobatkan sebagai juara dalam Anugerah Juara Lagu 35 (AJL 35) malam tadi.
Sepanjang ia berlangsung, sudah semestinya ia akan menjadi buah mulut netizen di media sosial sehingga # AJL35 trending nombor satu di Twitter.
Nabila ‘terkucil’ masa perform lagu Peluang Kedua?
Macam-macam isu dibahaskan, antaranya vokal, tentatif program, persembahan peserta, busana mereka dan salah satu tumpuan mereka adalah persembahan lagu Peluang Kedua dendangan Nabila Razali, umumnya semua yang menonton AJL 35 malam tadi perasan ada sedikit flop dekat persembahannya.
Bagi siapa yang tak sempat layan semalam, meh min payung sikit video.
Disebabkan itu, Peluang Kedua ini menjadi antara topik hangat daripada netizen, dalam kehangatan AJL 35 yang sedang berlangsung semalam, wujud lagi satu isu apabila netizen dapat ‘hidu’ sesuatau yang kurang enak apabila membaca tweet daripada Hafiz Hamidun sebelum ia dipadamkan.
Tweet yang dikatakan itu mengenai Peluang Kedua.

Terbaca tweet tersebut, Dato’ Fazley terpanggil dan tampil menepis pendapat Hafiz Hamidun dan memberikan nasihat kepadanya.
#Whoarewetojudge – Dato’ Fazley
Kadang2 bila sudah menjadi orang yang dihormati kita lupa untuk menghormati orang yang perlu diberi peluang untuk belajar berkali2. #Whoarewetojudge #thereivefixedit pic.twitter.com/3SGxbjJLKK
— Fazley Yaakob (@FazleyYaakob) March 14, 2021
Biarpun kata-kata Hafiz Hamidun itu tidak dinyatakan dengan jelas samada ia ditujukan kepada mana-mana pihak,namun ramai netizen anggap ia ditujukan buat Nabila Razali.
Saya bukan kutuk – Nabila Razali
Namun begitu, Astro Gempak ada melaporkan bahawa bekas juri AJL tahun 2012 itu menafikan dengan manyatakan bahawa niat dia buat tweet tersebut bukan untuk mengutuk dan merendahkan, tetapi sebagai seorang peminat.
“Biarlah mereka nak kecam saya…Saya bukan kutuk, tetapi itu pandangan peribadi sebagai peminat.
Bayangkan, lagu yang satu Malaysia suka tetapi tidak kesampaian, itu sahaja. Tetapi tweet saya tu buat peminat Nabila marah pula.
It’s okay, saya tak berkecill hati pun. Saya sentiasa support rakan-rakan seangkatan dalam industri ini.”
Berbalik dengan isu Nabila Razali pula, dia nyatakan bahawa sudah berikan yang terbaik dan menyedari bahawa dirinya tengah trending, lapor Harian Metro.
Jujur saya katakan, saya belum periksa lagi telefon pintar saya. Tapi, harapnya apa yang ‘trending’ itu yang baik-baik sahaja.” – Nabila Razali
Dalam pada itu, ramai rakan artis memberikan sokongan moral buat Nabila Razali semalam.
Baca : 4 Tahun ‘Straight’ Teka Betul, Neelofa Ramal Lagu ‘Semalam’ Aina Abdul Juara #AJL35