Kalau korang ingat zaman sekolah dulu, mesti ada waktu yang mana pihak sekolah akan membuka tabung derma untuk sesiapa sahaja yang ingin berkongsi rezeki. Biasanya ia bertujuan untuk meringankan beban seseorang yang ditimpa musibah dan tiada paksaan sama ada untuk menderma ataupun tidak.
Namun, tular di Indonesia baru-baru ini, seorang guru sekolah dari Prabumulih Sumatera Selatan memaksa murid-muridnya untuk menderma. Bukan hanya memaksa, guru itu juga merakam video situasi itu agar ibu bapa anak murid tahu tentang ‘kesalahan’ anak mereka.
Rakam video siapa tak derma supaya mak ayah malu
Guru berkenaan juga menetapkan nilai yang perlu didermakan iaitu sekitar 500 atau 1000 Rupiah (RM0.15 – RM0.30) serta mengingatkan para murid agar berasa malu kerana tidak menderma.
Wang derma dimasukkan ke situ (tabung sumbangan), malu yang tidak menderma. Sekali ini kita rakam anak yang tak menderma padahal hanya 500 atau 100 Rupiah..
Artikel berkaitan: Buka Bidaan Jam Rolex Untuk Derma Ke Palestin, Ini Jawapan Dr Zulkifli Bila Ditanya Tentang Hukum
Artikel berkaitan: “Dalam dunia ni ramai penipu” – Lelaki Tempelak ‘Ustaz Jadian’ Yang Suka Raih Derma Orang Awam
Situasi tersebut juga dirakam agar ibu bapa murid tahu dan malu kerana anak mereka tidak memberi sumbangan.
Rakam video ni biar orang tuanya tahu kalau anaknya tidak mahu derma. Malu tidak.. ayo ayo.
Awas kalau tahu beli jajan, derma tak nak
Dalam pada itu, guru berkenaan juga mengingatkan anak murid yang tidak menderma supaya berhati-hati jika kantoi membeli snek, seakan-akan memberi amaran.
Hmm.. kesian juga anak murid yang bawa duit cukup-cukup makan.
Sumber: Tribunstyle.com