Hujung minggu lalu, kita digemparkan dengan kemalangan tragis di Segamat yang melibatkan 7 sekeluarga yang menyebabkan kematian 6 orang serta seorang lagi sedang dalam Unit Rawatan Rapi (ICU).
Difahamkan, kenderaan yang dipandu mereka berlanggar dengan sebuah lori yang hilang kawalan lalu memasuki lorong bertentangan.
Kejadian menyayat hati itu menyebabkan seorang remaja berusia 19 tahun, Abdur Rahman Amir Ruddin menjadi anak yatim piatu dalam sekelip mata apabila kedua-dua ibu bapanya serta 4 adik beradiknya lain meninggal dunia.
Artikel berkaitan: Nahas 5 Kenderaan: Arwah Mahu Gambar Beramai-ramai Buat Kenang-kenangan Jika Pergi Dulu
Artikel berkaitan: Tragedi Dihempap Pokok Di Kok Lanas: Keluarga Mangsa Boleh Saman PBT & Jabatan Kerja Raya
Terbaru, menurut laporan Berita Harian, remaja 19 tahun itu ditawarkan pakej umrah oleh syarikat Jay Ibrahim Travel & Tours Sdn Bhd untuk menenangkan jiwanya yang kehilangan 6 orang keluarga serentak.
View this post on Instagram
Pemiliknya, Jay Ibrahim berkata tragedi itu menyentuh jiwanya dan membuatkan dia ingin membantu remaja tersebut.
“Saya tidak dapat meringankan beban kesedihannya, apa yang boleh saya bantu ialah memberi peluang Abdur Rahman merawat jiwa laranya di tempat terbaik di depan Kaabah.
Biar dia mengadu kepada Allah dan berdoa di makam Rasulullah. Mungkin dengan cara ini, Abdur Rahman dapat membina semula kekuatan dirinya yang kini sebatang kara.
“Kita berharap Abdur Rahman dapat menerima takdir ini dengan tabah,” katanya.
Jay juga sempat menziarahi Abdur Rahman di rumah keluarganya yang terletak di Muar, Johor.