in

“Biadap, pendusta” – Aaron Aziz Luah Rasa kecewa Duit ‘Sales’ Isteri Dicuri Pekerja

Syaz Ft 2024 11 14T111415.834

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebelakangan ini, kita banyak dengar mengenai pekerja menipu serta memecah amanah meskipun majikan mereka sudah memberikan layanan yang sepatutnya.

Terbaru, pelakon yang sinonim dengan filem aksi iaitu Dato’ Aaron Mustapha bin Aziz atau lebih dikenali dengan nama Aaron Aziz menerusi laman Instagram miliknya meluahkan isterinya ditipu oleh pekerjanya.


Artikel berkaitan: Sekolah Anak Kena Ancaman Letupan, Aaron Aziz Tegur Sikap Ibu Bapa ‘Selfish’ Sampai Keadaan Jadi Huru-Hara

Artikel berkaitan: “Dia tukar QR company kepada QR personal dia” –  Azza Elite Kena Tipu Dengan Pekerja Sendiri

Dalam posting tersebut, pelakon filem KL Gangster itu berkongsi isterinya memberikan gaji setimpal buat pekerjanya yang merupakan seorang wanita itu namun kebaikan isterinya tidak dibalas dengan begitu baik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz)

“Bini aku percaya kau tapi kau pilih untuk balas bini aku dengan mencuri duit sales selama ini.

Rupanya kau telan duit halal dia dalam mulut kau secara haram. Saya saksi dia kehulu ke hilir, penat sampai sakit,” tulisnya.

Aaron menyifatkan pekerja isterinya itu seorang yang keji, hipokrit, biadap, penipu serta manusia yang tidak bersyukur.

Menjengah ke ruangan komen, difahamkan Aaron dan isterinya sudah mengambil tindakan dan membuat laporan terhadap pekerjanya itu.

Cats 11

Semoga dipermudahkan semuanya buat Aaron dan isteri…

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.