Kalau kita cakap mengenai sahabat sejati, mesti kita terfikir untuk sentiasa bersama walaupun ketika susah dan senang. Betul tak? Untuk mempunyai sahabat atau BFF yang memahami kita luar dalam boleh dikatakan satu dalam seribu.
Begitulah juga dengan cerita kali ini yang dikongsikan di TikTok menerusi akaun @weeew.1. Dalam video itu, dia menceritakan bahawa dirinya sedang sarat mengandung dan tidak mampu untuk menghadiri majlis perkahwinan sahabat karibnya.
Disebabkan itu, kawannya sanggup pergi ke rumahnya setelah akad nikah untuk memberikan goodies kepadanya. Bukan itu sahaja, sebagai pengantin baru, kawannya juga membawa dia pergi berjalan di kawasan yang berdekatan untuk luangkan masa bersama.
Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen di bahagian komen yang mengatakan dirinya beruntung kerana mempunyai sahabat karib yang memahami keadaannya dan tidak melupakan dirinya ketika di hari yang bahagia.
Malah, ada juga yang turut mengatakan yang diri mereka mengharapkan agar sahabat mereka juga sama seperti pengantin tersebut. Lebih mencuri perhatian, ada juga yang throwback perkara gila-gila yang pernah mereka lakukan bersama sahabat mereka.
Korang ni saja tau! Tak pasal-pasal min jadi rindu dengan BFF min.. Hmmm…
Baca: Terhibur Cara Kawan ‘Jaga’ Waktu Sakit, Ramai Doakan Persahabatan Kekal Sampai Bila-Bila