Korang yang suka lagu-lagu jiwang zaman 90-an, mesti pernah layan lagu ‘Butakah Cinta’ yang dinyanyikan oleh kumpulan Spring. Lirik dan alunan suara penyanyi lagu tersebut menjadi kegemaran sesetengah orang sampailah sekarang.
Bagi penggemar lagu ‘Butakah Cinta’, korang perasan tak sebenarnya lirik lagu itu ada dua perkataan berbeza iaitu ‘butakah’ dan ‘butakan’. Disebabkan berbeza satu huruf, maksudnya juga menjadi tidak sama.
‘Butakah’ mataku atau ‘butakan’ mataku?
Walaupun tajuk lagu itu adalah ‘Butakah Cinta’, penyanyi kumpulan Spring ada menyebut perkataan ‘butakan’ serta ‘butakah’ dalam beberapa rangkap yang berbeza.
Korang mesti pernah dengar lagu Spring – Butakah Cinta kan ? Haritu aku drive dan tak berapa jelas lirik lagunya. Aku dengar antara “Jika cinta itu buta…butakah mataku”; dengan “Jika cinta itu buta…butakan mataku” Sambil drive, aku menerawang. Beza hanya satu huruf.
Tambahnya, dua perkataan itu bunyinya hampir sama tetapi disebabkan huruf di belakangnya berlainan, lagu nyanyian Spring itu membawa kisah yang tersendiri.
Artikel berkaitan: “Padu terokkk” – Nyanyi Lagu Celine Dion, Suara Nabila Razali Dipuji Makin Sedap Dalam The Masked Singer
Artikel berkaitan: “Mungkin dia rindu” – Lan Pet Pet Tak Dapat Tahan Sebak Masa Nyanyi Lagu Senario
ButakaH dengan butakaN tapi maksud sangat berbeza dan kedua-duanya bawa kisah tersendiri hanya kerana satu huruf.
Beza satu huruf tapi bawa mesej berlainan
Dalam lirik lagu tersebut, penyanyi itu menyebut perkataan ‘butakan’ pada korus awal dan perkataan ‘butakah’ di korus terakhir. Menurut pengguna X tersebut, mesej yang ingin disampaikan dalam lagu itu mengenai kekeliruan dan kesengsaraan dalam percintaan.
‘Butakah mataku’ bawa mesej yang walau seteruk mana kita diperlakukan tapi kita masih keliru sama ada itu cinta atau kita yang salah.
‘Butakan mataku’ pula bawa mesej kita dah sampai satu tahap merelakan diri kita sengsara dalam hubungan tu sebab itulah cinta bagi kita.
Jadi, ada sebab mengapa perkataan ‘butakah’ berada di awal lagu dan ‘butakan’ diletakkan di akhir lirik lagu tersebut.
Korang mesti pernah dengar lagu Spring – Butakah Cinta kan ?
Haritu aku drive dan tak berapa jelas lirik lagunya. Aku dengar antara
“Jika cinta itu buta…butakah mataku”; dengan
“Jika cinta itu buta…butakan mataku”
Sambil drive, aku menerawang. Beza hanya satu huruf.… pic.twitter.com/K7tpLmyhh3
— Nopal (@NaufalAntezem) February 19, 2024
Menjengah di ruangan balas, ramai netizen tidak menafikan lirik lagu zaman dahulu membawa maksud yang amat mendalam.
Sumber: X