Selepas pemergian Lee Kwang Soo sebagai ahli RunningMan, ramai peminat menjangkakan rancangan hiburan ini bakal kurang mendapat sambutan kerana kehilangan ahli yang paling lucu.
Namun siapa yang sangka, RunningMan masih lagi diteruskan sehingga ke hari ini, malah dengan episod yang masih menghiburkan dan idea yang menarik.
Spartace Couple
Dalam episod 564 RunningMan, seluruh ahli RunningMan dan artis undangan terkejut melihat aksi manis di antara Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook.
Dalam satu permainan, secara tiba-tiba Ji Hyo meminta Jong Kook untuk membetulkan rambutnya kerana tangannya sedang memegang bola gergasi. Jelas Ji Hyo, dia berasa tidak selesa kerana rambutnya menghalang penglihatan dan ‘terjatuh’.
Tanpa menyoal panjang, Jong Kook terus membetulkan rambut Ji Hyo meskipun permainan sedang berlangsung. Lebih mengejutkan, kedudukan Jong Kook pada ketika itu berada lebih jauh dari Ji Hyo berbanding ahli RunningMan yang lain.
Tindakan Spartace Couple ini mengundang persoalan buat ahli RunningMan yang lain. Rata-Rata ahli yang lain terus ‘membahan’ mereka berdua dengan mengatakan ini adalah ‘boyfriend meme’.
https://www.facebook.com/viusingapore/videos/1127646677757525
Ji Hyo dalam video Youtube Jong Kook
Sebenarnya, ini bukanlah kali pertama Ji Hyo dan Jong Kook dikaitkan bersama. Sebelum ini, penyanyi berbadan sasa ini pernah menjemput Ji Hyo sebagai tetamu dalam video Youtube miliknya.
Meskipun konten video tersebut hanya menunjukkan cara-cara bersenam dengan betul, namun keakraban di antara mereka berdua membuatkan ramai peminat mahu mereka bercinta di dunia nyata.
Bagaimanapun, ada juga peminat yang berpendapat keakraban Ji Hyo dan Jong Kook ini hanyalah lakonan semata-mata untuk menaikkan populariti RunningMan selepas pemergian Kwang Soo.
“Rasa macam..dengan pemergian Kwang Soo…mereka cipta gosip cinta baru untuk rancangan ini”
Apa pendapat anda tentang pasangan ini?
BACA: Sakit Perut Gelak! Ini 10 Episod RunningMan Paling ‘Pecah’ Yang Anda Wajib Tonton