Sudah menjadi kebiasaan bagi wanita masa kini memakai lipstik sebagai pelengkap gaya dan solekan pada wajah.
Malah ada juga di antara wanita memakai lip balm untuk melembapkan bibir yang kering dan merekah.
Namun menurut Ustaz Wadi Annuar dalam satu posting di X, pemakaian lipstik ketika berpuasa adalah makruh kerana kalau terjilat atau tertelan lipstik tersebut, puasa seseorang itu boleh terbatal.
Makruh pakai lipstick ketika berpuasa, kalau terjilat lipstick dan tertelan lipstick tersebut batal puasa.#ramadhan #hukumhakampuasa
— Ustaz Wadi Annuar (@ustazwadiannuar) March 5, 2024
Artikel berkaitan: Penduduk Buka Puasa Di Tanah Perkuburan, Bimbang Langgar Adab & Akhlak – Mufti Kelantan
Artikel berkaitan: Doktor Beri Amaran Bahaya Merokok Lepas Berbuka Puasa, Ini Sebabnya…
Posting berkenaan telah mendapat pelbagai komen daripada netizen yang masih kurang jelas mengenai pemakaian lipstik ketika berpuasa dan ada juga yang bimbang jika puasa mereka sebelum ini tidak diterima kerana memakai pemerah bibir itu.
“Selagi mana tidak menelannya maka tidak batal puasa”
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ada menjelaskan bahawa tidak salah untuk memakai lipstik ketika sedang berpuasa selagi mana individu itu tidak menelan masuk ke dalam rongga.
Hukum penggunaan lipstik pada siang hari Ramadan adalah tidak membatalkan puasa selagi mana ia tidak menelan masuk ke dalam rongga.
“Sekadar terdapat ‘rasa’ di bibir maka ianya tidak membatalkan puasa,” jelasnya.
Hal ini juga disamakan dengan situasi seseorang yang merasa makanan dengan lidah, ia sudah pasti memberikan kesan rasa. Namun selagi mana individu itu tidak menelannya maka tidak batal puasa itu.
Penggunaan gincu di siang hari bulan Ramadan tidak membatalkan puasa namun sekiranya ditelan (memasuki rongga) rasa yang terdapat pada gincu tersebut maka ianya membatalkan puasa.”
Namun mufti juga ada mengingatkan bahawa memakai gincu untuk memperlihatkan pada yang lain dalam keadaan berlebih-lebihan (tabarruj) adalah amat tak digalakkan dalam Islam kecuali kepada suami untuk berhias diri.
Oh barulah faham, boleh je pakai lipstik selagi tak telan lipstik tu. Tapi ingat janganlah pakai lipstik sampai tabarruj ya.
Sumber: X, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan