Siapa antara korang dah tengok filem Dukun yang ditayangkan pada 5 April lepas? Korang perasan tak dalam filem ni ada banyak kali disebut tentang suku kaum Batak. In fact, filem ni mengatakan yang watak Diana Dahlan yang dimainkan oleh Umie Aida mewarisi ilmu kaum Batak perempuan yang telah diturunkan kepadanya.
Serious talk, sebelum filem Dukun, korang tahu atau pernah dengar tak pasal suku kaum Batak? Betul ke kaum Batak ni ada kuasa ilmu hitam seperti yang dicanangkan dalam filem tu atau rekaan semata-mata? Untuk melenakan tidur malam korang, admin nak kongsi betul ke suku kaum Batak dalam filem Dukun wujud? Ini apa yang kami tahu.
1. Antara enam suku yang ada ilmu hitam di Indonesia
Sebagai orang Melayu dan Islam kita pun tahu dan faham mengenai ilmu hitam. Ilmu hitam ni adalah ilmu yang diamalkan bertentangan dengan agama Islam kerana mensyirikkan Allah sebab meminta pertolongan daripada benda lain selain Tuhan. Sama seperti orang Melayu, orang Indonesia juga mengamalkan ilmu-ilmu ini sejak dulu kala lagi.
Berdasarkan kepercayaan, nenek moyang suku kaum Batak berasal dari seorang raja di Gunung Pusik Puhit yang dinamakan Raja Batak. Beliau dikatakan berdoa di tempat paling tinggi di antara gunung yang mengelilingi Pulau Samosir.
Suku kaum Batak yang berasal dari Sumatera Utara, Indonesia ini merupakan antara enam suku yang mengamalkan ilmu hitam di sana. Mereka juga dikatakan masih mengamalkan ilmu ini kerana pada tahun 2006 wakil dari suku kaum Batak telah dinobatkan sebagai ketua paranormal sedunia di Jerman mengalahkan suku Voodoo dari Haiti.
Sehingga sekarang, masih ada orang-orang suku kaum Batak yang masih berhubung dengan Begu Ganjang, makhluk halus yang bermaksud Setan Panjang yang sama rupa seperti manusia tetapi mempunyai kaki dan tangan yang panjang. Makhluk ni ditakuti sebab dipercayai mereka boleh mengambil nyawa sesiapa yang ternampaknya. Macam slenderman plak...
2. Menganut kepercayaan animisme dan dinamis
Pada zaman dulu, masyarakat suku kaum Batak dikenali dengan kaum yang menganut kepercayaan animisme dan dinamis. Sehingga kini, masih ada lagi kepercayaan ini yang dikenali dengan nama seperti agama permalim, malim dan mewariskan hadatuon.
Hadatuon merupakan ilmu paranormal yang terdapat di dalam Pustaha Agong, sebuah buku ilmu sihir suku kaum Batak. Pustaha mengandungi formula ajaib, ramalan dan undang-undang dalam ilmu dipelajari mereka yang telah ditulis dan dikompilasikan oleh datu Batak. Datu Batak merupakan guru yang membantu dari segi pengubatan dan penyembuhan penyakit serta sebagai “imam” dalam ritual-ritual keagamaan.
Terdapat tiga kategori isi pustaha berdasarkan penggunaannya iaitu:
- Kategori pertama: Ilmu untuk memelihara kehidupan seperti terapi, ramuan ubat-ubatan yang bersifat magic, azimat dan sebagainya.
- Kategori kedua: Ilmu untuk membinasakan yang merangkumi seni membuat racun.
- Kategori ketiga: Ilmu meramal yang menjelaskan kemahuan roh yang dipanggil, membuat hajat dan sebagainya.
3. Ada ilmu pikat wanita
Pustaha ni sangat lengkap dengan macam-macam ajaran dan ilmu termasuklah ajaran dan resipi untuk memikat hati wanita. Ilmu pengasih dalam Batak Kuno ini disebut sebagai Dorma yang memerlukan beberapa bahan seperti jeruk purut yang dicucuk dengan tiga warna benang yang berbeza.
Jeruk yang dicucuk sehingga tembus dengn jarum perlu diletakkan di tempat tidur wanita yang ingin dipikat dan satu lagi digantungkan dengan benang di tempat tidur lelaki yang ingin memikat wanita tersebut. Selain itu, ada juga ritual yang perlu dijalankan supaya wanita berkenaan jatuh hati padanya atau menjadi gila. Walau bagaimanapun, amalan ini dah tidak dipraktikkan sangat sebab masyarakat Batak dah menerima ajaran Kristian yang menentang praktik perdukunan.
4. Mengamalkan kanibalisme
Menurut Utusan, memoir Marco Polo telah membuktikan bahawa dia pernah berekspedisi di pesisir timur Sumatera pada tahun 1292. Di dalam memoir tersebut, beliau ada menyebut tentang masyarakat pedalaman dijumpainya yang disebut sebagai “pemakan manusia”. Sumber sekunder Marco Polo mencatat cerita mengenai ritual kanibalisme masyarakat “Battas”. Namun begitu, Marco Polo dipercayai tidak pernah pergi langsung ke pedalaman tersebut mahupun menyaksikan ritual itu sendiri.
Peneroka-peneroka lain seperti Niccola Da Conti juga ada menyebut tentang penduduk “Batech” yang mengamalkan kanibalisme sementara Thomas Stamford Raffles juga menceritakan tentang kaum Batak pasal ritual mereka yang melibatkan memakan daging manusia serta menyatakan ia merupakan amalan biasa.
“Suatu hal yang biasa di mana orang memakan orang tua mereka ketika terlalu tua untuk bekerja dan orang jahat akan dimakan hidup-hidup, daging dimakan mentah atau dipanggang dengan kapur, garam dan sedikit nasi.”
“Tahanan perang diikat pada sebuah pohon dan dipenggal. Darah secara hati-hati diawetkan untuk minuman, dan kadang-kadang dibuat menjadi semacam puding dengan nasi. Tubuh kemudian diasingkan. Telinga, hidung, dan telapak kaki adalah milik eksklusif raja.” Wekkkk! Memang menggelikan!
5. Barang-barang mistik suku kaum Batak
Suku kaum Batak mempunyai satu pinggan pasu atau seramik Cina yang ditemui di kota China, Labuhan Deli, Medan. Pinggan pasu merupakan sebuah benda pusaka ‘halak batak’ orang Batak dan digunakan oleh para raja Batak zaman dulu di dalam ritual di Tanah Batak. Sebahagian masyarakat mempercayai pinggan tersebut memiliki kekuatan magic.
Batu Hobon merupakan batu yang terdapat rongga di bahagian bawahnya yang dipercayai merupakan sebuah lorong dan dianggap keramat kerana sering digunakan dalam upacara yang dipercayai sebagai penghormatan kepada roh leluhur sekaligus menerima wahyu dari nenek moyang yang dikenali sebagai Tatea Bulan. Batu Hobon mempunyai kisah mistik dimana dikatakan sesiapa yang cuba mengangkatnya akan dapat sial, musibah dan berakhir dengan kematian.
Banyak sebenarnya kisah misteri yang tersimpan mengenai suku kaum Batak. Cerita mengenai mereka ada yang berdasarkan penemuan oleh pakar dan ada juga yang disampaikan secara turun temurun daripada nenek moyang. Apa-apapun, suku kaum Batak lah yang menjadi antara topik di dalam filem Dukun. And sekarang korang pun dah tau sedikit sebanyak mengenai mereka.
Tak tahu pula suku kaum ni wujud…
Baca: REVIEW: Berbaloi Tak Tunggu 12 Tahun? Ini Pendapat Kami Lepas Tonton Dukun