in

“Besar pengorbanan frontliners” – Pikul Keranda Mangsa COVID 19 Sejauh 1KM, Netizen Simpati Nasib Kakitangan KKM

Pikul Keranda Mangsa Covid 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menguruskan mayat mangsa yang meninggal dunia akibat COVID 19 ini seperti semua sedia maklum bukan perkara senang.

Ada beberapa tatacara yang harus dipatuhi dan mereka yang menguruskan mayat tersebut juga haruslah memakai pakaian peralatan perlindungan diri (PPE) sepanjang masa.


Baru-baru ini viral di Facebook situasi di mana empat orang kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dilihat kepenatan memikul keranda mayat Orang Asli meninggal dunia akibat COVID 19.

Menurut Utusan Online, kejadian tersebut dikatakan berlaku di Kampung Jeram Kedah, Ulu Beranang, Lenggeng, ini terjadi sekitar jam 1 petang, minggu lepas.

Menerusi video tersebut, korang boleh lihat yang petugas KKM berhenti berehat sebanyak dua kali sebelum meneruskan perjalanan mereka ke dalam hutan untuk mengebumikan mayat mangsa. Mereka kemudian haruslah melakukan sanitasi di tempat berkenaan selepas proses pengembumian selesai.

 

“Ini kali pertama kami menguruskan kematian COVID 19”

Pemilik Facebook Aliff Dal Ro Ya atau nama sebenarnya Mohd Adree Zazalee, 37, yang berkongsi video berkenaan berkata, dia yang juga petugas KKM memuat naik video berkenaan bagi memberi mesej kepada orang ramai mengenai bahaya COVID 19.

Ia juga bertujuan untuk menunjukkan pengorbanan yang dilakukan kakitangan terbabit bagi memastikan mayat dapat disempurnakan dengan baik mengikut SOP.

201792562 10217156697824526 1429812632677130768 N

Ini kali pertama kami menguruskan kematian Covid-19 membabitkan Orang Asli di daerah Seremban. Kami dimaklumkan lokasi tanah perkuburan tidak sesuai untuk dibawa kenderaan dan atas sebab itu kami harus memikul keranda berisi mayat sejauh kira-kira satu kilometer.

“Kami mengambil masa selama 30 minit untuk sampai ke tanah perkuburan yang telah digali oleh penduduk Orang Asli.

“Dua kali juga kami berhenti berehat dan dalam cuaca agak panas, kami yang lengkap berpakaian PPE tidak boleh meminum air sehingga semua urusan pengebumian dibuat serta sanitasi diri dilakukan,” katanya.

Dia yang juga berada di tempat kejadian bersama tiga rakan seperjuangan berharap video ini dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat mengenai bahaya wabak ini dan cabaran yang dilalui anggota KKM dalam sempurnakan tugas berkaitan COVID 19.

 

“Semoga kalian mendapat keberkatan” 

Rata-rata netizen yang melihat video berkenaan ternyata salute dengan usaha dan semangat kakitangan yang terlibat dan berharap mereka akan terus kuat serta sabar dalam melakukan tugas yang berkaitan COVID 19 setiap hari.

Besar Pengorbanan Fronliner

Terharu dengan usaha yang dicurahkan para frontliners. 

Baca: “Kami ibarat frontliners tak didendang” – Risau Kes Kematian Meningkat, AJK Masjid Desak Diberi Keutamaan Vaksin COVID 19

Ft 1

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.