• Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube
  • Pengiklanan
  • Hantar Artikel
  • Hubungi

Lobak Merah

  • Semasa
  • Berita Sosial
  • Gaya Hidup
  • Hiburan
  • Video
Search
Follow us
  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube
Menu

Lobak Merah

Search
in Hiburan

Bertanding PRU14 Dengan Abang Sendiri, Ini 6 Perkara Tentang Azwan Ali Yang Anda Mungkin Tak Tahu

by Syaida Ismail April 26, 2018, 5:56 pm

ShareTweet
azwanali

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang tak kenal dengan selebriti ‘da vass’ Azwan Ali aka Diva AA kita ni? Personalitinya yang bermulut becok, berani, sering terlibat dengan gosip ni memang sangat terkenal di media sosial. Malah dia jugak ada pengikutnya sendiri di Instagram yang sering menyokong segala perkara yang dilakukannya.

Selain daripada menjadi adik kepada Menteri Besar Selangor, tahukah korang yang Azwan Ali ni sebenarnya seorang yang berpendidikan tinggi? Haa tahu lebih lanjut, jom baca 6 perkara mengenai Diva AA yang mungkin anda tak tahu. 


 

1. Miliki Sarjana Muda Undang-undang di Universiti Malaya

Azwan Ali atau nama penuhnya Mohamed Azwan Haji Ali telah dilahirkan pada 13 Februari 1966 dekat Kampung Gate Baru, Setapak, Kuala Lumpur. Bapanya, Haji Ali ni bukan calang-calang orang. Dia seorang ustaz dan mendidik pelajar mengaji al-Quran.

Malah korang jugak jangan pandang Azwan sebelah mata. Dia merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Malaya pada tahun 1991 tau! Macam mana pun, Azwan lebih berminat dengan dunia penyiaran. Lalu dia pun cubalah nasib dalam bidang pengacaraan.

paknil azwan 6
Sumber: Blog

 

2. Mula dikenali sebagai pengacara program TV3

Bagi korang yang pernah tengok awal kemunculan Azwan semasa dia jadi pengacara bagi program Muzik-Muzik, ternyata Diva AA ni dah lalui banyaaak sangat perubahan. Azwan mula menjadi pengacara Muzik-Muzik dan Anugerah Juara Lagu seawal tahun 1989 dan 1990 serta digandingkan dengan seorang lagi pengacara bernama Charmaine Agustine.

Lepas pihak TV3 dah nampak potensi Azwan dan namanya pun makin dikenali ramai, Azwan Ali kemudian diberi tugas untuk mengacara program muzik tu sendirian. Gayanya yang bersahaja dan nampak ‘masculine‘ tu memang jadi kegilaan para gadislah pada masa tu.

Tapi fasa-fasa masculinity Azwan tetiba berakhir bila dia mempunyai rancangan sendiri bernama Cit Cat Azwan. Rancangan yang berkonsepkan hiburan dan membincangkan hal-hal gosip ni memang femes gilerlah di kalangan masyarakat Melayu. Walaupun Cit Cat Azwan disukai ramai sebab invite artis hot macam Ziana Zain, artis AF, Juliana Banos dan lain-lain, program ni jugak terima backlash yang teruk.

Golongan educated Malays berpendapat program gosip ni sangat melalaikan dan tak mendatangkan faedah langsung. So tak lama lepas tu, Cit Cat Azwan ni tak ditayangkan lagi dan Azwan Ali pun perlahan-lahan dah tak terlibat sangat dalam dunia hiburan.

https://www.youtube.com/watch?v=njn2aFj6EU4

 

3. Hasilkan buku bertajuk ‘Selamat Jalan Dunia Pondan’

Selamat Jalan Dunia Pondan yang diterbitkan pada 2011 ni memang menarik minat ramai pihak. Buku yang mengisahkan onak duri kehidupan Azwan selama 21 tahun di industri hiburan dan dicop sebagai selebriti pondan ada diceritakan dalam buku istimewa ni. Kata Azwan, buku ni diterbitkan untuk memberi peluang kepada dia berkongsi tentang pengalaman hidupnya kepada peminat di luar sana secara eksklusif.

Lebih sensasi, buku ni jugak katanya ada menyelitkan kisah tentang 3 selebriti popular yang nama dorang bermula dari Siti. 3 Siti terbabit ialah Siti Roziana Zain (Ziana Zain), Siti Fauziah Sheikh Abdul Latiff (Fauziah Latiff) dan Siti Nurhaliza Tarudin (Dato’ Seri Siti Nurhaliza). Fuh lagi menarik katanya, cinta Azwan dah ditolak oleh 3 Siti ni sehingga dia berubah jadi pondan. Whoops! Nak tahu lebih kenalah beli bukunya okayy! 

AZWANA
Sumber: Blog

 

4. Abang dan adik menceburi dunia politik

Umum dah tahu yang abang Azwan Ali ialah YB Azmin Ali, Menteri Besar Selangor. Tapi rasa-rasanya ramai jugak yang ingat-ingat lupa akan Umie Hafilda Ali, adik kepada Azmin dan Azwan jugak terlibat dalam dunia politik. Nama Umie Hafilda ni dulu agak femes sebab dia terlibat dalam perbicaraan kes liwat yang melibatkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 1998.

Boleh dikatakan anak-anak Haji Ali ni hampir kesemualah yang ada terlibat sedikit sebanyak dalam bidang politik. Menurut Wikipedia, Norlia Ali, Intan Dawini Ali, Azman Ali dan Azwan Ali sendiri jugak pernah bersama-sama tulis surat aduan kepada Perdana Menteri masa tu, Tun Dr. Mahathir Mohamad tentang Anwar Ibrahim. Wuish!

ne 02.1
Sumber: Kosmo

 

5. Sering terlibat dalam gosip panas 

Kalau nak disebut satu-satu tentang gosip berkaitan Azwan ni, haish rasanya tak habislah artikel ni admin tulis. Tapi antara gosip yang paling ramai ingat mengenai Azwan ialah berkaitan pergaduhannya dengan seorang lagi pengacara paling top pada masa tu, Aznil Hj Nawawi. Masing-masing katanya berebut nak jadi pengacara nombor satu Malaysia sampaikan bergaduh atas sebab-sebab yang tak munasabah.

Azwan Ali Yang Dulu Bukan Yang Sekarang
Sumber: Blog

Kisah pergaduhan mereka ni tersangatlah popular sampai muncul sebuah filem arahan Aznil Hj Nawawi yang bertajuk Aku No. 1. Filem yang jugak dibintangi Azwan Ali ni ialah berdasarkan kejadian sebenar antara dua pengacara hebat ni. Kemain!

Fauziah Ahmad Daud atau Ogy jugak antara artis yang pernah terlibat dengan gosip berkaitan Azwan Ali. Diva AA dikatakan telah menyaman Ogy kerana bekas pengacara Melodi tu didakwa telah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadapnya ketika mengacara live majlis perkahwinan Ziana Zain. Namun kes saman malu ni dah digugurkan mahkamah kerana Azwan gagal membuktikan kesnya. Gitew!

ogy
Sumber: HM

 

6. Bakal bertanding di DUN Bukit Antarabangsa

Awal tahun ni, kita tetiba dikejutkan dengan kenyataan Azwan Ali kononnya ingin membantu PM Najib dalam menjatuhkan abangnya sendiri, Azmin Ali selepas berlaku krisis di antara hubungan adik beradik tersebut. Lebih menarik, beberapa hari lepas Azwan telah mengumumkan untuk bertanding dalam PRU14 ini sebagai calon Bebas dengan menggunakan logo Gajah.

Bekas pengacara ni akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa menentang abangnya sendiri pada 9 Mei nanti. Sama-sama kita nantikan siapa yang menang! 

61524713441 AzwanAli
Sumber: Astro Awani

Apa-apapun kami harapkan semoga Azwan Ali sihat selalu dan bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai pemimpin andai kata dia menang PRU14 ni menentang abangnya.

Korang nak rendang free? Undilah Diva AA! 

Baca: 21 Kontroversi Artis Menggemparkan Industri Hiburan Tanah Air Sepanjang 2017

g

ShareTweet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terkini

  • ft taref fit

    “Ini budaya barat nak hancurkan Islam” – Tareq Fit Tegur Pempengaruh Lelaki Yang Pakai Makeup

  • ft alha

    “Tak pernah keluar rumah dengan eye shadow” – Alha Alfa Tepis Kecaman Lelaki Bermakeup

  • syaz ft 2025 10 29T171134.130

    Tuntutan Karier Di Tanah Air, Zul Ariffin Tak Jadi Pindah Mekah?

  • aqil zulkiflee roblox

    “Yang buruk semua kita. Ibu bapa tak pernah salah” – Aqil Zulkiflee Bersuara Insiden Roblox

  • ft marina bay

    Panik! Tingkat 55 Marina Bay Sands Alami Kebakaran

Video Terbaru

  • belanjawan 2026

    [TONTON] Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan 2026 Oleh YAB Perdana Menteri

  • freepik the style is candid image photography with natural 29213

    Kenapa PRN Sabah 2025 Jadi Titik Penting Untuk Generasi Baru?

  • 5

    Gabungan Legenda dah Tiba!

  • image

    AirAsia Diskaun Sehingga 33%

  • THUMBS KOMANDO 3

    Disebalik Beret Hijau, Leftenan Youn Bongkar Realiti Latihan Komando | PotPetCast

Siaran Akhbar

  • ft mindef

    Program Work-Based Learning: Pengalaman Tentera Kini Diiktiraf Sebagai Diploma

  • collage

    TikTok Perkukuh Usaha Pencegahan Penipuan Dalam Talian di Malaysia dengan Hab Maklumat Pelbagai Bahasa #ThinkTwice

  • collage 37

    Malaysia Di Hadapan Dalam Rangka Hala Tuju Global Perlindungan Sosial Masa Depan

IKUTI KAMI

  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube

Video Terbaru

  • belanjawan 2026

    [TONTON] Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan 2026 Oleh YAB Perdana Menteri

  • freepik the style is candid image photography with natural 29213

    Kenapa PRN Sabah 2025 Jadi Titik Penting Untuk Generasi Baru?

Terkini

  • syaz ft 2025 10 29T171134.130

    Tuntutan Karier Di Tanah Air, Zul Ariffin Tak Jadi Pindah Mekah?

  • kamal adli pesanan sayang

    “Kamal loves you” – Netizen Main Peranan, Banjiri Komen IG Uqasha Dengan Pesanan Kamal Adli

  • Untitled design 75

    Tidak Gemar Ikut Tradisi Istana, Ini 5 Puteri Raja Yang ‘Langgar’ Protokol Demi Kebebasan Hidup

  • kamal pujuk uqasha telekung

    “Saya ada bagi telekung” – Kamal Adli Dakwa Ada Usaha Pujuk Uqasha Senrose Sebelum Diberi Surat Amaran

Sebahagian daripada network INFLUASIA. Copyright © 2025 Lobak Merah.

  • Hantar Artikel
  • Pengiklanan
  • Hubungi
  • Syarat Perkhidmatan
  • Privacy Policy
Back to Top
Close
  • Semasa
  • Berita Sosial
  • Gaya Hidup
  • Hiburan
  • Video
  • Pengiklanan
  • Hantar Artikel
  • Hubungi
  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube