in

“Bersyukur dekat Malaysia” – Rhyss William Bandingkan Harga Minyak ‘Fulltank’ Di UK & Malaysia

ft rhyss william UK

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selama ini kita mengeluh kehidupan di Malaysia ini sangat mahal, namun begitu sebenarnya kos sara hidup di negara lain lebih ‘teruk’ mahalnya berbanding Malaysia.

Rasa terkejut apabila melihat perkongsian daripada Rhyss William ini apabila dia mendedahkan harga minyak petrol di United Kingdom.


Artikel Berkaitan : Angkara Cemburu, Suami Tergamak Simbah Petrol & Baling Puntung Rokok Pada Isteri

Artikel Berkaitan : Wanita Tak Jadi Buang Hajat Lepas Tengok Tandas Stesen Petrol Macam Ni

@si_rhys

Tu la jangan convert kan dah menyesal.. ?? Korang yang sibuk tanya macam mana harga minyak kat UK tu, ni haa saya share sikit ? Korang jangan ikut pulak pergi convert duit Malaysia kalau isi minyak kat sini takut menangis je nanti ? #MatSallehCariMakan #IsiMinyak #97 #95 #Malaysia #UK #FullTank #IniStyleKita #jalanjalancariminyak

♬ original sound – Rhys William – Rhys William

Menurut Rhyss William menerusi TikTok miliknya, dilihat Rhyss mahu cuba mengisi petrol di kereta yang dinaikinya. Dia menjelaskan bahawa antara keunikan di UK adalah, setiap stesen petrol boleh memilih harga sendiri.

Jadi, sudah semestinya orang ramai akan bekerumun ke stesen petrol tersebut, Rhyss menjelaskan di UK kesemua nozel warnanya sama tetapi akan ada label yang membezakan jika petrol itu jenis 95 atau 97.

Selesai mengisi minyak, jumlah yang dicaj untuk kereta yang dinaiki Rhyss adalah 55 pounds bersamaan RM 320.

“Ni bukan kereta besar tau, so bersyukur dekat Malaysia minyak semua murah dan boleh mampu, memang rasa la dekat sini sebab itu ramai orang tak drive, sebab dia punya minyak, kereta, insurans semua agak mahal di sini.”

Jelas Rhyss lagi, apapun kalau berada di UK elakkan daripada membuat penukaran nilai kerana beza akan diliaht agak ketara.

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.