in

“Bersujud pada ahli keluarga mangsa…” – Suami Wanita Langgar Pelajar UiTM Dungun Mohon Maaf

Syaz Ft 2024 10 11T170532.416

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, satu kemalangan menggemparkan rakyat Malaysia di mana seramai tiga orang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun maut selepas dilanggar oleh seorang wanita dipercayai kurang siuman yang memandu sebuah SUV.

Terbaru, suami kepada wanita tersebut iaitu Azhar Ahmad berkata dia ingin bertemu dengan keluarga mangsa terlibat untuk memohon maaf.


Artikel berkaitan: “Tiada rekod” – Suspek Langgar Pelajar UiTM Dungun Hingga Maut Tak Pernah Terima Rawatan Mental

Artikel berkaitan: Langgar Pelajar UiTM Dungun Hingga Meninggal Dunia, Video Gelagat Wanita Disyaki Kurang Siuman Tular

Menerusi Buletin TV3, dia berkata pada malam kejadian, dia sememangnya berniat untuk bertemu dengan ahli keluarga pelajar terlibat, bagaimanapun terpaksa ditangguhkan atas nasihat pihak berkuasa dan rakan-rakan.

“Saya menangis dan sangat sedih melihat kemalangan itu, saya mewakili isteri saya ingin memohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki dan bersujud kepada semua ahli keluarga pelajar yang terlibat.

Memang niat saya malam itu juga nak pergi minta maaf kepada semua ahli keluarga pelajar terbabit namun hasrat itu terpaksa saya tangguhkan atas nasihat pihak berkuasa dan rakan-rakan,” katanya.

2841011

Azhari berkongsi, isterinya itu sebelum ini seorang yang sangat penyayang dan baik terhadap anak-anak dan suami.

“Ketika mengandung anak keempat 10 tahun lepas, doktor mengesahkan isteri saya mengandung di luar rahim dan terpaksa digugurkan kandungan itu.Ketika mendapat rawatan di Hospital Kuala Terengganu, dia koma selama empat hari dan kehilangan banyak darah,” katanya.

Selepas sedar daripada koma, isterinya itu sering mengalami gangguan dan berhalusinasi serta bercakap bersendirian.

Pada hari kejadian, selepas selesai solat maghrib bersama anak bongsunya, Azhar terkejut apabila mendapati isterinya yang sebelum itu menonton televisyen tiada di ruang tamu.

“Dia tidak pernah keluar waktu malam, kalau keluar mesti ditemani saya dan anak-anak. Kalau keluar pun waktu siang dan dia akan memandu dan pergi minum di kedai kegemarannya tidak jauh dari kampus itu.

Tak sampai beberapa minit, saya dihubungi rakan memaklumkan kereta saya terlibat kemalangan dan saya ajak anak bongsu saya terus ke tempat kejadian,” katanya.

Azhar berkata lagi, pagi semalam dia sekali lagi hendak pergi bertemu keluarga mangsa di Bilik Forensik Hospital Dungun namun dinasihatkan untuk tidak melakukan sedemikian kerana bimbang berlaku kekecohan.

“Saya sangat kesal dengan kejadian itu, mungkin ketika itu dia (isteri) seolah-olah dipanggil untuk segera keluar dari rumah.

Tiada siapa mahu kejadian sebegini, saya dah sorok kunci kereta namun perkara tetap terjadi,” katanya.

Dalam pada itu, dia berharap agar pihak pengurusan UiTM dapat membantunya untuk bertemu dengan semua ahli keluarga mangsa yang terbabit.

Sumber: Buletin TV3

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.