Baru-baru ini, tular satu video di Facebook memperlihatkan kereta jenis Perodua Aruz dipandu dalam keadaan bahaya yang mana kereta itu dibawa melawan arus.
Susulan itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat berkata, kejadian itu berlaku di Jalan Skudai, Pantai Lido, Johor Bahru pada 7 Jun lepas kira-kira jam 1.41 pagi.
Artikel berkaitan : Tidak Tahu Selok Belok Jalan, Warga Emas 74 Tahun Pandu Lawan Arus Ditahan Polis
Artikel berkaitan : Lelaki Lawan Arus Di Lebuhraya SUKE Serah Diri, Hanya Tahu Tentang Kes Lepas Baca Berita
“Hasil semakan nombor pendaftaran kenderaan tersebut telah membolehkan polis mengesan identiti pemilik dan pemandu kenderaan tersebut, lalu mengarahkan pemandu untuk hadir ke Balai Polis Trafik Johor Bahru Selatan untuk membantu siasatan.”
Jelas beliau dalam satu kenyataan hari ini, pemilik kenderaan tersebut hadir ke Balai Polis Trafik Johor Bahru Selatan pada jam 11.30 malam.
Hasil rakaman percakapan mendapati bahawa lelaki tempatan berusia 34 tahun itu sedang berselisih faham dengan isterinya hingga menyebabkan dirinya hilang fokus dan memasuki laluan yang salah.
“Ujian saringan air kencing mendapati pemandu kenderaan tersebut bebas daripada sebarang penyalahgunaan dadah dan alkohol.”
Katanya, kes akan disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu dan merbahaya.
Dalam pada itu, beliau turut menyeru orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut untuk hadir ke Balai Polis Trafik Johor bahru Selatan atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Zulpaka Bambo di talian 014-8861791 bagi membantu siasatan.
Sumber : Facebook, Community Roda Johor