Sejak semalam, tular sebuah video dari sesi live pelakon popular Fathia Latiff yang menyamakan wajah pelakon lain iaitu Zahirah MacWilson seperti bibik.
Ibu kepada Zahirah MacWilson yang juga ibu mertua Aiman Hakim Ridza, Maslinda Yusoff meluahkan rasa hampanya apabila anaknya itu dihina sebegitu rupa.
Artikel berkaitan: “Dia takkan boleh lawan I” – Fathia Latiff Samakan Muka Zahirah MacWilson Macam Bibik Masa Sesi ‘Live’?
Artikel berkaitan: “Artis Yahudi pun minat ke?” – Bergambar Dengan Gal Gadot, Zahirah Macwilson Dikecam Netizen
Maslinda menerusi laman Instagram miliknya mengatakan ini merupakan satu ujian buat anaknya itu dan berharap agar mereka bersabar dengan dugaan ini.
“Semua ini ujian dari Allah, bersabarlah kak @zahirahmacwilson @aimanhakimridza. Sedih betul mama dengar bila orang menghina, mengeji, buruk-burukkan anak dan menantu mama.
Semuanya fitnah semata-mata, lagi kakak tengah mengandung sekarang. Don’t be sad k, mama and ayah always here for you,” tulisnya.
Sebagai info, semalam video Fathia menghina wajah Zahirah dan menyamakan rupanya seperti bibik atau pembantu rumah.
Dalam video itu, Fathia mula triggered apabila ada komen daripada netizen yang mengatakan Zahirah jauh lebih cantik darinya, disebabkan itu Fathia terus mengeluarkan kenyataan itu serta berkata bibir Zahirah juga tidak asli dan ianya hasil dari pembedahan plastik.
Kesiannya, harap bersabarlah…
Sumber: Instagram