in

Bermain Di Tempat Duduk Driver, Budak Tak Sengaja Tertekan Pedal Minyak Kereta Showroom & Rempuh Dinding Mall

Ft Kereta Remph

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang budak bawah umur telah mencetuskan kekecohan di sebuah pusat membeli-belah di Jakarta Utara. Kejadian itu tular menerusi sebuah video yang kini sampai ke perhatian ke Malaysia.

Budak tersebut dikatakan telah menekan pedal minyak kereta showroom jenis Chery Omoda E5 dan menyebabkan merempuh dinding Mal Of Indonesia itu.


Artikel berkaitan : Wanita Terkejut Jumpa Objek Pelik Dipercayai ‘Jenglot’, Tersorok Dalam Kereta

Artikel berkaitan : Disamakan Seperti Bentuk Tuala Wanita, Rekaan Stesen Kereta Api Di China Ini Tarik Perhatian Ramai

Video tersebut memperlihatkan kereta Chery berwarna putih itu sedang memandu ke hadapan ketika seorang kanak-kanak yang memakai baju kuning bermain dengan stereng di dalamnya.

Ketua Pesuruhjaya Polis Kelapa Gading Maulana Makarom berkata, kejadian tersebut berlaku pada hari Ahad lepas (21/4/2024). Tambah beliau, isu tersebut bagaimanapun telah diselesaikan secara baik daripada pihak-pihak yang terlibat.

Bagaimanapun, menurut Kompas.com beliau tidak mengulas apabila ditanya sama ada keluarga kenak-kanak itu perlu ganti rugi ataupun tidak.

Video tersebut telah mengundang pelbagai reksi netizen termasuklah para pengunjung yang mempersoalkan bagaimana enjin kereta pameran itu boleh dihidupkan. Malah, ada juga yang bimbang jika berlaku kemalangan jiwa di dalam mall tersebut.

Sumber : Kompas.com , X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.