Kabinet Malaysia pasca PRU 15 telah pun diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat lepas.
Sungguhpun bahangnya semakin berkurang namun ‘demam’ PRU 15 masih lagi terasa dan baru-baru ini dalam sebuah video, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meluahkan rasa kecewanya kepada segelintir pengundi Perikatan Nasional (PN) yang menuntut ‘habuan’ ketika pulang mengundi.
Sanusi sendiri yang mengaku. So fahamlah apa beza pengundi PN dan PH kan? Satu mengharapkan duit tambang 5 tahun sekali, satu lagi sanggup berkorban untuka lihat negara tercinta ditadbir urus dengan baik. Kalah takpa jangan koyak. pic.twitter.com/rEDFn5PZdS
— Laga Cawan 🌺 (@LagaCawan) December 4, 2022
Beliau berkata ianya sesuatu yang memalukan, lebih-lebih lagi apabila penyokong parti lawan khususnya Pakatan Harapan (PH) tidak pernah melakukan perkara yang sama dan tidak pernah meminta wang walaupun pulang mengundi dari luar negara.
“Pengundi PH tidak pernah minta walau pun 10 sen, sanggup berhabis puluhan ribu ringgit untuk pulang dari luar negara.
Undi kita penting, jangan berkira duit minyak RM50, RM100 atau RM200 (kerana) yang lawan kita balik dari Taiwan, China, Singapura, Amerika Syarikat dan Australia, duit tambang sekupang pun tak minta.” katanya.
Malah, Pengerusi PN Kedah merangkap Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat itu turut mengatakan tindakan pengundi PN itu sesuatu yang bodoh.
“Kita bodoh, ligan (kejar) wakil rakyat minta RM50, tak bagi (ugut) tak mau balik dah. Hang bodoh, negeri ini orang nak amik dah.” katanya.
Beliau mengakhiri video itu dengan mengatakan pengundi PN itu terlalu berkira dan disebabkan itu kemenangan tidak berpihak kepada mereka.
Baca: Muhammad Sanusi Bagi ‘Hint’ Dakwa TMJ Kawal Liga Malaysia, Tunku Ismail Cabar Bagi Semua Bukti