Kalau korang pernah tengok filem ‘Catch me if you can’ lakonan bintang filem terkenal Leonardo DiCaprio yang berjaya memalsukan identitinya, siapa sangka jika perkara seperti didalam filem itu boleh menjadi realiti.
‘Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua’. Empat tahun menyamar sebagai ‘doktor’ dan telah berkhidmat di 16 buah hospital, kejadian penipuan ‘doktor’ lelaki India bernama Veeragandham Teja, akhirnya terbongkar.
Lebih mengejutkan, Veeragandham Teja hanya belajar setakat darjah lima dan tidak pernah mendapat pendidikan dalam bidang perubatan. Apa yang lebih mengejutkan, dia juga telah memimpin kem perubatan dan menjadi sukarelawan ketika penularanan wabak pandemik Covid-19.
Bagaimanapun menurut India Express, penipuannya itu terbongkar selepas isteri keduanya membuat laporan polis dan mendakwa didera secara mental serta fizikal oleh Teja.
Polis yang kemudiannya melakukan siasatan lanjut, berjaya membongkar satu demi satu penipuan dan identiti Teja. Aduh kantoi busuk je…
Siasatan mendapati Teja telah memalsukan ijazah bidang perubatan dan beberapa sijil kedoktoran miliknya. Malah, Teja turut dilaporkan pernah mengikuti kelas perubatan asas untuk mengelak daripada statusnya diketahui
Bagaimanapun sepanjang bergelar ‘doktor’ palsu, Teja tidak pernah mendatangkan masalah kepada pihak atasan dan turut dikenali sebagai seorang doktor yang berdedikasi sepanjang melakukan tugasan.
Teja kini dilaporkan telah ditangkap dan sedang berada dalam tahanan sementara menunggu hakim mahkamah membicarakan tentang kesnya itu.
Baca: What?! Pesawat Tentera AS Menyamar Jadi Pesawat Malaysia Untuk Intip China?