Baru-baru ni, kerajaan Malaysia telah melaporkan peningkatan kes wabak Covid-19 sebanyak 57% dengan lapan kluster aktif di seluruh negara. Disebabkan tu, rakyat mula risau kalau-kalau negara akan kembali kepada era pandemik seperti yang berlaku pada 2020 dulu.
Namun begitu, ada juga wabak berbahaya lain yang pernah berlaku dalam sejarah. Malah, ada yang merebak satu dunia sehingga mengorbankan jutaan nyawa dari pelbagai peringkat umur macam wabak-wabak di bawah ni.
1. The Third Plague
Wabak ni dipercayai bermula di Yunnan, China pada tahun 1855 yang merebak ke bandar pelabuhan lain seperti Guangzhou dan Hong Kong. Disebabkan itu, banyak kapal-kapal pedagang membawa wabak tersebut sehingga memulakan kluster di beberapa kawasan seperti San Francisco dan Cape Town.
Ia berpunca daripada bakteria, Yersinia pestis yang berasal dari kutu tikus jalanan yang menjangkiti manusia apabila perumah mereka mati.
Namun begitu, kaedah rawatan yang berkesan telah dijumpai seperti sulfonamida dan streptomisin pada abad ke-19 yang dapat mengekang wabak tersebut dari terus merebak. Menurut rekod, wabak ni telah meragut lebih 15 juta nyawa seluruh dunia.
Artikel berkaitan: Data Genetik Kaitkan Rakun Jadi Punca Pandemik Covid-19 – Pakar Virus WHO
2. HIV / AIDS
Menurut beberapa sumber, wabak ini dipercayai bermula di Barat Afrika pada tahun 1920-an. Ia berpunca dari virus bawaan cimpanzi, HIV yang seterusnya menyebabkan penyakit AIDS merebak ke seluruh dunia sehingga berlaku pandemik pada lewat abad ke-20.
Apa yang membimbangkan, penyakit ini masih tiada penawar yang berkesan. Disebabkan itu, lebih 85 juta telah dijangkiti virus ni dengan rekod kematian lebih 40 juta berpunca dari penyakit yang berkaitan dengan AIDS ini.
3. Wabak Justinian
Wabak kali ni memang bahaya kerana ia merupakan permulaan kejatuhan dan kemerosotan Empayar Byzantine suatu ketika dahulu. Ia dinamakan sempena nama pemerintah empayar itu iaitu Justinian yang berkuasa dari 527 hingga 565 tahun Masihi.
Dikatakan, wabak ni membunuh hampir 10 ribu orang setiap hari sehingga mayat-mayat bergelimpangan di jalanan. Menariknya, Justinian juga dijangkiti wabak ni namun berjaya diselamatkan. Akan tetapi, lain pula dengan kerajaannya yang hilang wilayah sikit demi sikit semenjak wabak itu melanda.
Artikel berkaitan: Kes Covid-19 Meningkat Sehingga 57%, Netizen Nasihat Orang Ramai Untuk ‘Start’ Pakai Mask
4. Smallpox
Wabak pemusnah ketamadunan. Itulah yang sesuai digambarkan dengan Smallpox ini yang merebak ke seluruh benua sehingga mencatat jumlah kematian lebih 400 ribu setiap tahun.
Ia dipercayai bermula dari Eropah pada tahun 1520 di mana simptomnya adalah demam panas dan selesema. Walau bagaimanapun, wabak ini berjaya dibendung pada 1977 dengan usaha dari Persatuan Kesihatan Dunia (WHO) dalam kempen vaksinasi secara global.
5. Black Death
Salah satu wabak paling banyak meragut nyawa, Black Death yang berlaku pada pertengahan abad ke-13 telah merebak ke seluruh benua Eropah dan Asia melalui aktiviti kapal perdagangan.
Pada awalnya, pesakit akan mengalami bengkak-bengkak di tubuh yang membesar seperti saiz epal atau telur yang kemudianya merembeskan nanah dan darah diikuti gejala lain seperti muntah dan cirit-birit.
Dikatakan, hampir separuh populasi Eropah mati disebabkan penyakit ini yang juga mengubah perjalanan sejarah di benua itu. Walaupun begitu, penyakit ni masih tak dapat dihapuskan sepenuhnya namun, usaha untuk membendungnya giat dilakukan.
6. Selesema H1N1
Dipercayai, virus selesama ini berasal dari khinzir yang wabaknya menular ke serata dunia bermula dari Mexico pada tahun 2009. Yang mengejutkan, dalam satu tahun je ia dah menjangkiti sebanyak 1.4 bilion penduduk dan menyebabkan kematian hampir 600 ribu orang.
Wabak ini sering menjangkiti golongan muda dengan 80% daripada kematian adalah orang yang berumur 65 tahun ke bawah. Oleh itu, ia menjadikan penyakit ini antara virus selesema yang paling memautkan.
Namun begitu, vaksin untuk mencegah virus H1N1 ini telah disediakan sekali dalam vaksin selesema tahunan untuk orang ramai.
7. Virus Zika
Berbanding The Third Plague, virus Zika ini dibawa oleh nyamuk Aedes yang juga boleh menyebabkan penyakit bahaya yang lain seperti demam kuning dan denggi. Ia ditemui di Uganda pada 1947 dan merebak ke Amerika Selatan dan Tengah sehingga mencetuskan epidemik di benua itu pada tahun 2015.
Biasanya, virus ni tak berbahaya pada kanak-kanak dan orang dewasa namun, ia boleh menyerang bayi dalam rahim yang boleh menyebabkan kecacatan semasa lahir.
Sumber: LiveScience, Gavi