in

Berjaya Dapatkan Kembar Walaupun Disahkan ‘Tak Subur’, Lelaki Saran Pasangan Buat ‘Fertility Test’

ft lelaki kogsi tak subur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penafian : Artikel dan video ini mengandungi penggunaan terma-terma yang mungkin tidak sesuai untuk segelintir umur, ia hanya sekadar memberikan info, kebijaksaan pembaca amat diharapkan.

Antara dugaan pasangan berkahwin ini adalah ada antaranya yang susah untuk mendapatkan zuriat dan kita sedia maklum bukan sahaja isteri suami juga menjadi punca masalah ini.


Contoh yang kita dapat lihat adalah pengakuan daripada seorang lelaki daripada Wandy Mohd ini, dia yang kini berjaya mendapatkan zuriat kembar menerusi IVF menceritakan bagaimana dirinya disahkan ‘tidak subur’.

Artikel berkaitan : Nak Poligami Sebab Tak Ada Zuriat, Juru Makmal Dedah Lelaki Paling Banyak Masalah Kesuburan

Artikel berkaitan : “Stop salahkan perempuan”-  Lelaki Kongsi Suami Juga Boleh Jadi Punca Isteri Tak Dapat Mengandung

Sebagi info, Wandy ada kongsikan bahawa lelaki ‘tidak subur’ ini terbahagi kepada 2 jenis iaitu, kuantiti sperm rendah dan lagi satu dipanggil Azoospermia.

“Maksudnya air mani tu ada, tapi sperm dalam air mani tu tak ada dan kalau korang nak tahu jumlah sperm normal untuk lelaki ada minimum 15 juta setiap pancutan, kalau rendah daripada tu, tak normal. Jadi aku adalah tergolong daripada lelaki yang jumlah sperm yang rendah.”

@wandymohd

Replying to @Sebamid kita straight forward sikit ya, lebih mudah nk faham. tak ada apa yg nak dimalukan kalau lelaki tak subur, peluang utk ada anak tetap masih cerah. yakin! #ourIVFjourney

♬ original sound – Wandy Mohd – Wandy Mohd

Wandy menjelaskan dalam situasinya, punca utama yang menyebabkan dirinya kekurangan sperma adalah disebabkan terlalu stress. Jadi mereka sarankan kepada lelaki yang cuba mendapatkan ujian itu sebaiknya lakukan pemeriksaan.

“Yang paling bahaya, kita sendiri tak sedar yang kita tengah stress, jadi kepada pasangan TTC (Trying To Conceive/Pasangan Cuba Untuk Hamil), especially lelaki kalau korang tak sure korang berada dalam situasi yang macam mana, aku sarankan pergi terus buat fertility test dan ingat IVF bukanlah pilihan utama untuk ikhtiar hamil.”

Apa yang dirumuskan oleh Wandy adalah untuk lakukan fertility test terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tindakan dan andaian.

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.