in

“Berjaya capai perjanjian penyelesaian” – Shuib Jawab Tohmahan Netizen Isu Tak Bayar KWSP Pekerja

Bubblebee Shuib Kwsp

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak lama dulu, tular tuntutan seorang individu di TikTok yang mendakwa syarikat Bubblebee yang diusahakan pelawak, Shuib tidak membayar KWSP pekerja.

Menurut individu berkenaan, syarikat tersebut belum melangsaikan hutang KWSP pekerja yang tertunggak sejak 2022 lagi dan mengingatkan agar Shuib melangsaikan hutang tersebut.


Screenshot 2024 01 19 113032

Artikel berkaitan: Selepas Terpalit Isu Tak Bayar KWSP, Shuib Kini Bukan Restoran Ikan Patin

Artikel berkaitan: “Jangan ambil hak orang” – Individu Dakwa Bubble Bee Masih Hutang KWSP Pekerja Sejak 2022

Shuib jawab perkembangan terkini isu KWSP pekerja

Walau bagaimanapun, semalam, menerusi Instagram, pelawak berkenaan telah mengeluarkan kenyataan rasminya berhubung isu melibatkan syarikat Bubblebee itu.

Menurut Shuib, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara formal dan kedua-dua pihak telah mencapai satu perjanjian penyelesaian yang sempurna di hadapan Mahkamah Sesyen di Petaling Jaya, Selangor pada awal tahun ini.

Tambahnya lagi, pihak Bubblebee akan mematuhi dan melaksanakan semua kewajipan selaras dengan terma-terma penyelesaian yang telah dipersetujui.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Oleh itu, pihak Bubblebee dengan ini menjelaskan bahawa isu-isu tersebut telah diselesaikan dengan sempurna.

Pihak Bubblebee juga menyatakan bahawa tindakan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana individu yang membuat atau menerbitkan sebarang kenyataan atau tuduhan yang tidak benar dan berniat jahat terhadap pihak Bubblebee mengenai isu-isu tersebut,” katanya.

Syarikat itu juga berharap segala spekulasi dan sebaran fitnah yang tidak berasas dihentikan dengan segera.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.