in

“Berjanji ke tu?” – Baju Sedondon, Netizen Usik Hafidz Roshdi & Shuhada Masih Ada ‘Chemistry’?

Hafdiz Roshdi Shuhada Baju Match

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini, pelakon yang kini sedang terpalit dengan kontroversi rumah tangganya Hafidz Roshdi dan isterinya Nurul Shuhada hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi sesi tuntutan hadhanah.

Pelakon yang juga bekas peserta Hero Remaja itu hadir ke mahkamah dengan berpakaian sut serba biru dan hanya menjawab ‘no comment’ apabila media bertanya tentang perihal sesi mahkamah hari ini.


 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

Hafidz juga kelihatan berjalan laju untuk mengelak daripada media namun lain pula ceritanya apabila Nurul Shuhada tiba di mahkamah yang sama.

Nurul Shuhada atau lebih mesra disapa Shu, kelihatan gembira dan tersenyum lebar menegur serta melambai gembira kepada petguas-petguas media.

Ketika ditanya apakah harapannya untuk hari ini, dia hanya menjawab dia inginkan hak penjagaan dua orang anaknya, Humairah dan Umar.

“Matching pula baju” 

Netizen bagaimanapun terlihat sesuatu yang lebih menarik, kedua-dua mereka memakai baju dengan warna yang sama dan seakan sedondon.

Ramai netizen yang mengusik mereka berdua mengatakan seakan masih berjodoh atau ada chemistry.

Cats 36

Betul matching ye, apa-apa pun kita doakan urusan kedua-dua mereka dimudahkan…

Baca: Hafidz Roshdi Rindu Anak, Luah Rasa Rindu Selepas 3 Bulan Tidak Berjumpa

Hafidz Roshdi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.