in

Berita Baik Untuk Rakyat Malaysia! PM Umum Cuti Aidilfitri Ditambah Sehari

Cuti Aidilfitri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rakyat Malaysia kini dapat berasa gembira setelah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan cuti tambahan sehari sempena Aidilfitri tahun ini.

Menurut beliau, cuti tambahan itu akan diberikan sama ada pada Jumaat atau Isnin bergantung kepada tarikh 1 Syawal yang akan diumumkan nanti.


Jika Aidilfitri jatuh pada Jumaat, cuti tambahan akan diberikan pada Isnin, 23 Mac.

Namun jika raya disambut pada Sabtu, rakyat akan mendapat cuti tambahan lebih awal iaitu pada Jumaat, 20 Mac,” katanya, lapor Harian Metro.

Artikel berkaitan: Rumah Terbuka Aidilfitri Negeri Melaka Diteruskan, Bakal Berlangsung Di MITC Pada 28 Mac Depan

Artikel berkaitan: Tular Surat Rasmi Penetapan Waktu Solat Sunat Aidilfitri, Jabatan Mufti Pahang Sahkan Ia Palsu

Obj68560075 1773549707

Anwar berkata, pengumuman awal itu dibuat bagi membolehkan orang ramai merancang perjalanan dan cuti Aidilfitri masing-masing.

Susulan itu, cuti Aidilfitri pada tahun ini dijangka bertambah kepada tiga hari.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.