in

“Berikan ruang untuk selesaikan secara profesional” – Neelofa Jawab Isu Honeymoon Di Langkawi

Neelofa3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memandangkan isu dakwaan berbulan madu di Langkawi menjadi tumpuan netizen, Neelofa akhirnya memberi keterangan dalam satu temubual..

Dalam penerangannya, Neelofa meminta agar diberikan ruang untuk dirinya selesaikan hal ini sendiri secara profesional.


“Berhubung isu tersebut saya mohon diberikan ruang untuk menyelesaikannya secara profesional dan tenang tanpa tekanan daripada mana-mana pihak yang berkaitan.”

“Itu saja permintaan saya… Saya tidak mahu ulas panjang-panjang kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan,”

Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador ada menjelaskan bahawa tindakan segera akan dikenakan kepada pasangan ini jika didapati bersalah melanggar SOP. Bila ditanya mengenai perkara ini, Neelofa enggan memberikan sebarang respon.

“Saya rasa tidak perlu untuk mengulas tentang perkara tersebut. Ada tindakan atau tidak biar saya ‘settle’ sendiri. Jika ada perkembangan terkini saya akan maklumkan dan kita tengok nanti apa yang perlu dilakukan,”

https://www.instagram.com/p/CNR1I7SDMJm/?utm_source=ig_embed

 

Baca : “Kita akan ambil tindakan” – Polis Nak Panggil Neelofa & Suami Untuk Beri Keterangan Lepas Balik Langkawi

Neelofa2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.