Isu pengisytiharan darurat nampaknya masih menjadi isu besar politik negara apabila Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membawa isu tersebut ke mahkamah.
Menurut Free Malaysia Today, Anwar telah memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman berhubung peranan Perdana Menteri dalam pengisytiharan darurat dan penggantungan Parlimen.
PKR president Anwar Ibrahim has filed a lawsuit against the Prime Minister and Malaysian govt in a bid to have the court declare that Muhyiddin Yassin gave unlawful advice to the Yang di-Pertuan Agong to suspend Parliament during the Emergency declared via an Emergency Ordinance. pic.twitter.com/T8YtZTgDtv
— BFM News (@NewsBFM) January 26, 2021
Peguam Anwar, Ramkarpal Singh berkata, semakan kehakiman difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam adalah untuk mencabar nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Perlu ditekankan di sini bahawa apa yang dicabar dalam permohonan tersebut bukannya pengisytiharan darurat, tetapi keputusan Perdana Menteri melalui Jemaah Menteri untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk meluluskan kaedah 14 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang menggantung persidangan Parlimen dalam tempoh darurat tersebut.
“Nasihat Perdana Menteri tersebut adalah dikatakan bertentangan undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan.
Pihaknya juga berharap supaya tarikh pendengaran permohonan dapat ditetapkan secepat mungkin.
Selain Anwar, ahli PPBM Datuk hairuddin Abu Hassan juga ada memfailkan saman terhadap Muhyiddin dengan mendakwa beliau tidak mempunyai keabsahan untuk menasihati Agong mengisytiharkan darurat.
Fuh semakin tegang ya isu ini…
Baca: “Gi mam dgn kau punya darurat” – Polis Panggil Azwan Ali Berhubung Video Tular Perlekeh Darurat