in

Beri Ceramah Isteri Tutup Aib Suami, Ustazah Oki Dituduh Merelakan Keganasan Rumah Tangga?

Oki Setiana Dewi Keganasan Rumah Tangga

Rasanya kebanyakan daripada kita pasti kenal dengan pelakon dan juga pendakwah terkenal, Ustazah Oki Setiana Dewi yang sentiasa berpenampilan sopan dan sangat lembut menyampaikan ceramahnya.

Pun begitu, baru-baru ini, Ustazah Oki telah terpalit dengan satu isu besar apabila dia dituduh menyokong keganasan rumah tangga selepas tular satu video ceramahnya di Twitter.

Oki Setiana Dewi 169

 

Isteri dipukul suami, namun rahsiakannya demi tutup aib suami?

Menerusi video yang dikongsikan netizen Indonesia, Oki dilihat menceritakan suatu kisah benar yang berlaku di Jeddah melibatkan sepasang suami isteri.

Si suami katanya telah bergaduh dengan isterinya dan telah memukul wajah wanita tersebut. Namun tidak disangka-sangka, semasa kejadian itu berlaku, ibu bapa kepada isterinya datang ke rumah.

Lebih mengejutkan lagi, wanita itu tidak mengadu kepada ibu bapanya yang dia dipukul suami, malah mengatakan bahawa dia menangis gara-gara terlalu rindukan ibu bapanya dek kerana ingin menutup aib si suami.

https://twitter.com/bijikambingg/status/1488752241536159746?s=21

Suaminya luluh hatinya. Isteriku itu masyaAllah, menyimpan aibku sendiri ya Allah luar biasa. Makin sayang dan cintalah suami tersebut. 

“Jadi tak perlulah cerita-cerita yang sekiranya membuat kita menjelek-jelekkan pasangan kita sendiri,” katanya di akhir video.

 

“Kalau memang kisah nyata… tapi dari Jeddah sampai ke sini, siapa cerita?” 

Video tersebut walau bagaimanapun telah menerima komen negatif daripada netizen yang menganggap perkara seperti keganasan rumah tangga tidak sepatutnya dinormalisasikan.

Ramai yang bimbang ceramah Oki walaupun berniat baik, namun bakal memberi maksud yang berbeza kepada pasangan suami isteri di luar sana. Sampai ke Malaysia dah isu ni ye!

Tutup Aib

 

“Tentu sekali saya tidak membenarkan KDRT (kekerasan dalam rumah tangga)” 

Menyedari isu mengenai video ceramahnya itu mendapat perhatian ramai, Oki menerusi satu kenyataan rasmi telah membuat permohonan maaf dan menegaskan dia sama sekali tidak menyokong keganasan rumah tangga.

Menurutnya, video tersebut telah dirakam pada 2 tahun lalu semasa dia memberi ceramah di Magelang, Jawa Tengah, Indonesia.

Gaya Hijab Oki Setiana Dewi 19 169

Sahabat semua, hari ini saya mendapatkan pesan dari beberapa teman mengenai potongan ceramah saya dua tahun lalu.

“Terima kasih atas perhatian dan kasih sayangnya. Tentu saya sama sekali tidak membenarkan KDRT.

“Mohon maaf lahir batin atas kesalahan dalam menyampaikan dan semoga Allah mengampuni saya dalam setiap kesalahan-kesalahan saya.

“Mohon doa agar Allah membimbing setiap ucap hingga kedepannya mendatangkan maslahat. Mohon bimbingan juga dari sahabat-sahabat semua,” katanya, lapor Tribunnews.

Apa-apapun jika korang di luar sana sedang menghadapi masalah keganasan rumah tangga, tak kiralah dipukul suami atau isteri, sebaiknya korang laporkan hal ini kepada pihak polis sebelum terlambat. 

Baca: “Rindu ibu rupanya” – [VIDEO] Ramai Sebak Lihat Interaksi Bayi Dengan Ibu Separa Koma Mangsa Dera Suami

Jahidah

Sumber: Twitter
Sumber: Detik