in

Berhutang Sampai RM 87K, Wanita Tumbuk & Pukul Bekas Suami Guna Pengikis Simen

Isteri Pukul Suami Hutang

Tidak dapat dinafikan, duit atau wang boleh membuatkan manusia bertikam lidah malah ia boleh melarat sehingga menyebabkan pergaduhan yang besar.

Seorang wanita ditahan selepas didapati memukul bekas suaminya kerana berhutang sebanyak RM 87,000 di sebuah kediaman di Ampang Jaya.

Menurut laporan Kosmo!, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail memberitahu ketika kejadian itu berlaku mangsa yang merupakan seorang lelaki tempatan sedang mengemas rumah sewanya.

Pexels Cottonbro Studio 6718225

Kemudian, mangsa didatangi oleh bekas isterinya yang berusia 38 tahun yang memarahinya berkenaan hutang RM87K itu.

“Mangsa yang bekerja sebagai peniaga itu telah ditumbuk pada bibir dan diketuk menggunakan hulu pengikis simen di kepala serta ditendang pada perut oleh wanita terbabit,” katanya.

Suspek wanita yang merupakan seorang akauntan itu telah ditahan pihak polis di sebuah kawasan daerah yang sama.

Dalam laporan yang sama, pasangan itu dipercayai baru sahaja bercerai pada 11 Julai lalu dan mempunyai seorang anak perempuan berusia satu tahun tujuh bulan.

Kes difahamkan akan disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga.

Baca: Setuju Selesaikan Kes Pukul Luar Mahkamah, Bekas Isteri Minta Radhi OAG Bayar RM300,000

Bekas Isteri Radhi Bayar