Selepas mendiamkan diri beberapa minggu, PU Abu akhirnya mengaku dan mengesahkan sudah bernikah dengan janda anak satu bernama Hana Azraa.
Menurut mStar, Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi menjelaskan perkahwinannya bersama wanita yang didakwa menjadi punca dia menceraikan bekas isteri, Aini Afini telah berlangsung di Thailand pada 2 Mei lepas.
Kedua-dua mereka malah turut update status instastory selepas selamat dinikahkan. PU Abu melalui instastory berkata,
Saya tidak akan menafikan yang melihat saya di sempadan 2 Mei lepas.”
Baginya, apa yang penting hubungannya dengan Hana sudah halal. Isterinya juga ada update instastory dengan perkataan ‘Alhamdulillah’ pada 3 Mei lepas.
Penjelasan PU Abu itu mengesahkan maklumat daripada seseorang yang mendakwa ternampak dia bersama seorang wanita dipercayai Hana Azraa di Satun, Thailand pada 2 Mei.
Tapi, beberapa minit lepas buat pengesahan di instastory, PU Abu dikatakan terus deactivate Instagram dia. Namun, akaun itu kembali diaktifkan beberapa jam kemudian tapi status tu telah dipadam.
Terbaru, melalui Instagram PU Abu membuat penjelasan bahawa instastory dia kena hacked dan pengesahan tersebut bukanlah daripada dia sendiri.
Story yang telah dimuat naik pada Instagram saya semalam adalah bukan dari saya. Instagram saya telah dihacked oleh ‘seseorang’. Cukuplah menabur fitnah pada saya.”
Kita tunggu kenyataan sebenar dari PU Abu…