Hari ini, prosiding mahkamah telah dijalankan antara pelakon, Shakilla Khoriri dan bekas suaminya, Fizi Ali mengenai tuntutan hadanah anak mereka, Ameena Sofia. Sebelum ini, Fizi Ali mendakwa Shakilla Khoriri menghalangnya daripada berjumpa dengan Ameena Sofia.
Selain itu, Shakilla dikatakan telah menyekat nombor telefonnya dan tidak boleh dihubungi. Susulan itu, Fizi terpaksa membawa kes tuntutan hak penjagaan anak ke mahkamah.
Tak beri apa-apa komen
Menurut Kosmo!, Shakilla yang selesai urusan prosiding Sulh di mahkamah itu terus bergegas menaiki kereta jenis BMW berwarna hitam dan meninggalkan perkarangan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam. Dia walau bagaimanpun memohon maaf kepada pengamal media kerana tidak dapat memberi apa-apa komen.
Artikel berkaitan: Shakilla Khoriri Titip Pesanan Buat Anak, Sedih Hidup Berubah Kerana Kesilapannya
Artikel berkaitan: “Depan netizen kau acah suci” – Fizi Ali Bengang, Dakwa Shakilla Khoriri Ada BF Sebelum Bercerai?
Nanti kita jumpa bulan depan, saya minta maaf, terima kasih banyak-banyak. Saya ada urusan lain, saya sibuk sikit.
Shakilla datang dengan siapa?
Sementara itu, Fizi Ali sempat bertanya kepada pengamal media yang berada di situ mengenai individu yang hadir bersama bekas isterinya, Shakilla.
Nampak tak dengan siapa dia datang? Nampak tak siapa dalam kereta dengan dia naik tu? Tak nampak? Okey tidak apa.
Tapi saya tak boleh jawab dengan siapa dia datang. Biar dia jawab sendiri.
Untuk rekod, Fizi Ali dan Shakilla Khoriri pernah mendirikan rumah tangga bersama pada 18 Februari 2018, namun bercerai dua tahun selepas itu. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Ameena Sofia, 5 tahun.
Pada 23 Oktober lalu, Fizi Ali menamatkan zaman duda dengan ibu tunggal yang juga ahli perniagaan, Siti Zulaikha.
Sumber: Kosmo!