Kesabaran orang selalunya ada batasnya, dan kadang-kadang segelintir orang ni hanya sedar dengan kesalahan sendiri bila dah bertemu buku dan ruas.
Baru-baru ni, di salah satu group curhat popular di Facebook, Kisah Rumah Tangga, seorang wanita telah meminta pandangan netizen tentang “perangai” suaminya.
Menurut wanita ini, dia seorang isteri yang panas baran. Pun begitu, suaminya pula tak dikira sebagai suami yang baik. Cerita wanita ini, suaminya merupakan seorang lelaki gila perempuan dan terlalu banyak benda yang suami dia lakukan yang dia dah pendam bertahun-tahun.
Nak dijadikan cerita, kerana terlalu banyak menyimpan perasaan, satu hari wanita ini mula naik angin dan timbul perbalahan kecil antara dia dan suaminya.
Tak ambil masa yang lama, perbalahan ini menjadi semakin hangat bila suami wanita ini mula menampar mukanya dan menolaknya hingga jatuh ke tanah. Tak cukup dengan itu, suami wanita ini tendang badannya hingga terjatuh dari tangga.
Namun, highlight cerita ini adalah bila wanita ini mula naik angin dan membalas pukulan suaminya…
Entah syaitan apa yang merasuk saya masa tu. Saya pukul kedua belah kaki dia dengan kayu besbol, saya tumbuk muka dia kiri dan kanan, tumbuk kepala dia, cakar muka dia.”
Tambah wanita ini lagi, dia pukul suaminya dengan kayu tersebut tepat di tulang kakinya yang pernah patah dulu. Bukan itu je, wanita ini juga meminta suaminya untuk ceraikannya kerana dia dah tak boleh nak maafkan suaminya namun permintaannya tak ditunaikan.
Persoalannya sekarang, betul ke lepas ni dia akan berubah? Takkan pukul saya, takkan gila perempuan? Berdosa ke saya sebagai isteri balas balik pukulan suami saya?”
“Alhamdulillah! Tahniah puan…”
Netizen tak tunggu lama untuk jawab persoalan wanita ini malah dorang siap raikan lagi keberanian wanita ni pukul balik suaminya.
Yelah, gunung berapi pun kalau lama sangat pendam, bila meletup memang bergegar satu dunia. Hopefully husband dia tak beranilah nak cari pasal lepas ni…
Baca: Isteri Dipukul Suami Akibat Bergaduh Kerana Ayam Tidak Dicuci Dengan Bersih