Tak ada siapa pun yang mahu menjalani bahtera perkahwinan bila mengetahui mereka akan ditinggalkan pasangan di kemudian hari.
Begitu juga dengan wanita ini bila dia kongsikan perkara yang terpaksa ditempuhinya seorang diri selepas diceraikan suami ketika hamil lapan bulan.
Menerusi TikTok, wanita ini mengatakan yang dia telah diceraikan suami ketika sarat mengandung dan terpaksa melahirkan anak secara pembedahan cesarean kerana dijangkiti Covid-19.
https://www.tiktok.com/@mxxxxnnnn/video/7051236393674181914?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Disebabkan ini juga, wanita ini tak dapat melihat anaknya selama 10 hari kerana masih positif dan terpaksa buang susu badan ketika dikuarantin.
Bila dia bebas dari kuarantin, anaknya pula positif Covid-19 dan terpaksa berjauhan lagi 10 hari.
Tak cukup dengan itu, wanita ini turut dimasukkan ke dalam wad semula selepas dia mengalami jangkitan di kawasan pembedahan dan jahitan terpaksa dibuka tanpa bius dan disahkan menghidap batu karang hempedu. Allahu…
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen telah mendoakan agar wanita ini terus tabah dan turut bersimpati atas ujian-ujian yang menimpanya,
Semoga wanita ini dipermudahkan urusannya serta tabah dan terus kuat demi anak!
Baca: Isteri Enggan Tuntut Cerai Dengan Suami Kaki Pukul, Hanya Sebab Terlalu Hensem