Nama Elyana sudah sinonim dengan peminat industri hiburan tanah air. Penyanyi berumur 33 tahun yang popular dengan lagu Tak Tercapai Akalmu dan pernah menyertai program realiti Gegar Vaganza Musim Keempat (GV4) itu kini menghidapi kanser limfoma tahap 4.
Berkongsi keadaan semasa dengan Harian Metro, Elyana berkata bahawa sel kanser sudah merebak ke organ badan yang lain. Beliau juga menambah yang kini beliau hilang selera makan dan berat badan hanya tinggal 41 kilogram sahaja.
Tinggal tulang dalam badan
Elyana yang menghidapi kanser limfoma sejak 10 tahun lalu juga berkata kanser itu sudah merebak ke rahim, hati dan pangkal paha.
Ketika dimasukkan ke hospital lima hari bulan lalu, doktor memaklumkan sel kanser lama sudah berkurangan, tetapi mendapati sel-sel itu sudah merebak ke bahagian badan yang lain”
Elyana walau bagaimanapun berkata, beliau masih sihat tetapi perlu banyak berehat kerana cepat penat serta tak boleh berjalan banyak. Beliau juga perlu menguatkan badan dahulu sebelum melakukan rawatan kemoterapi selanjutnya.
Kami di Lobak Merah mendoakan Elyana supayaa tabah dan kekal positif dengan ujian yang sedang ditempuh
Baca: “Agar saya dapat merasa tua” – Bertarung Kanser Caption Ringkas FaceApp Elyana Undang Sebak Netizen