in

“Berat makin naik” – Adik Ainul Mardhiah Kini Semakin Cerdas & Ceria

ft adik ainul makin sihat berat makin naik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nama adik Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin menjadi perhatian netizen sejak beberapa tahun lalu sampaikan ia mendapat simpati daripada Dr Amalina untuk bantu membuat pembedahan buat adik Ainul yang menghidap penyakit barah mulut.

Keadaannya sembuh dan ramai gembira melihat adik Ainul yang bertambah ceria, bagaimanapun kesedihan buat kedua ibu bapanya, Nurul Erwani Zaidi dan Ahmad Safiuddin sebelum ini kembali dirasai apabila adik Ainul dikhabarkan mengalami sawan.


Ia sehinggakan bapanya pernah membuat satu luahan sebak untuk pujuk diri agar kedua-duanya tabah apabila melihat pasang surut tahap kesihatan anak syurga ini.

 

Kini dah kembali ceria

Bagaimanapun, alhamdulillah, adik Ainul kini dah semakin sihat dan ceria, malah, berat badannya pun kini dah semakin naik.

Berita gembira ini dikongsikan oleh Erwani sendiri menerusi Instagram miliknya semalam dengan memuat naik foto adik Mardhiah.

“Alhamdulillah Ainul Mardhiah sihat, cergas dan ceria. Cuma kadang-kadang tu kalau badmood, mengamuk sampai baling barang. Berat pun makin naik.”

https://www.instagram.com/p/CjzzROlLl9y/

Khabar berita gembira itu turut dirasai oleh netizen yang mengikuti perkembangan adik Mardhiah. Rata-rata mendoakan kesejahteraan buat adik Mardhiah untuk sentiasa sihat dan menjadi anak yang solehah. Amin.

Screenshot 2022 10 18 134917 Screenshot 2022 10 18 134944

Sebelum ini, bapanya Ahmad Safiuddin ada kongsikan kerenah adik Ainul yang umurnya kini sudah masuk 4 tahun.

“UsiaAainul 4 tahun, baru nampak dia berani panjat meja makan. Pandai pulak tu tarik kerusi dulu. Lucu pulak tengok dia. Laju betul dia panjat.”

Kira-kira awal September lepas, ibunya mengesahkan adik Ainul telah dapat keluar dari wad kerana keadaan sudah kembali stabil, menurutnya, tiada sebarang gejala sawan sepanjang seminggu dia kembali ke rumah.

Alhamdulillah, kami juga mendoakan agar adik Ainul dapat membesar dan sihat seperti insan lain. Amin.

Baca : “Ainul sawan semula” – Bapa Adik Ainul Luah Rasa ‘Down’ Melihat Keadaan Anaknya

ft bapa adik ainul

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.