Seorang lelaki berumur 26 tahun dilabel sebagai lelaki paling gemuk di Wuhan kerana berat badannya naik 100 kilogram ketika Wuhan isytihar lockdown selama 5 bulan, lapor Odditycentral.
Lelaki yang hanya ingin dikenali sebagai Zhou itu menjaga berat badannya walaupun bekerja di salah sebuah kafe tempatan dan menjalani gaya hidup yang normal.
Namun, semua itu telah berubah setelah dia menghabiskan masanya di rumah. Dia tidak dapat membakar kalori dan menyebabkan beratnya bertambah sehingga mencecah 280 kilogram.
Hal ini didedahkan oleh salah seorang doktor yang merawat lelaki ini setelah dia dimasukkan ke hospital padaa 1 Jun lalu. Dikatakan, Zhou tidak pernah meninggalkan rumahnya sejak Januari dan itu mengakibatkan berat badannya bertambah sehinggakan dia tidak dapat tidur sebelum mendapatkan bantuan perubatan .
“Doktor, saya tidak dapat tidur selama 48 jam. Ia sangat tidak selesa. Boleh awak bantu saya?”
Sebelum itu, dia adaa contact beberapa doktor tapi doktor berkenaan enggan membantunya kerana berat badannya yang terlampau berat.
Apa doktor macam ni. Kenalah bantu pesakit.
Selepas pasukan paramedik berusaha mengeluarkan dia dari rumahnya untuk dibawa menaiki ambulans, dia dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).
Ujian awal mendapati terdapat beberapa gejala seperti kegagalan jantung dan masalah pernafasan. Namun, berat badannya itu menghalang doktor untuk melakukan rawatan ujian seperti tekanan darah dan elektroensefalogram (EEG).
Dalam masa 10 hari, doktor berusaha untuk menstabilkan keadaannya. Dia berkata kegemukan yang dialami disebabkan oleh faktor genetik apabila dia tidak aktif dan peningkatan pengambilan kalori selama lima bulan di Wuhan.