in

“Berapa lama lagi untuk tindakan diambil?” – Jurufoto Diganggu Stalker Buat Laporan Polis Kali Ke-3

Acacia Kena Ganggu Buat Report Polis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan semasa di media sosial, minggu lepas hangat diperkatakan mengenai kisah seorang jurufoto wanita, Acacia Diana yang membuat pendedahan berkenaan dirinya menerima gangguan seksual daripada lelaki yang tidak kenali selama lapan tahun lamanya.

Menurut Acacia, meskipun sudah membuat laporan polis terhadap kes tersebut, sehingga kini masih tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa kepada individu yang mengganggunya itu.


Acacia buat laporan polis kali ketiga

Setelah kes berkenaan tular di media sosial, ia mendapat perhatian Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Nancy Shukri yang menasihatkan agar Acacia membuat laporan polis baharu mengenai kes tersebut.

Acacia menerusi Twitter semalam memberitahu bahawa dia telah membuat laporan polis kali yang ketiga pada 16 Julai 2023 dan sedang menunggu tindakan seterusnya yang bakal diambil pihak berkuasa.

Menurut Buletin TV3, Acacia juga pada masa yang sama mempersoalkan berapa lama harus dia menunggu untuk tindakan diambil oleh pihak berkuasa.

Setakat ini ada buat tiga laporan polis, tahun 2018, 2022 dan hari ini (16 Julai 2023). Persoalan saya, berapa lama lagi untuk tindakan diambil tentang perkara ini?” katanya menerusi e-mel kepada Buletin TV3.

Katanya lagi, meskipun sudah berpindah ke UK pada tahun lalu untuk memulakan kehidupan baharu, dia sekali lagi berdepan trauma apabila lelaki terbabit masih mengekorinya hingga ke sana.

Snapinsta.app 100793654 160533248789789 5831027187185234822 N 1080

Lebih membimbangkan, sejak awal tahun ini, saya kerap menerima gambar kemaluan lelaki serta panggilan video lucah daripada lelaki terbabit.

“Gangguan itu sememangnya menjejaskan kehidupan, emosi dan kerjaya. Kehidupan saya di sini (UK) juga umpama dipenjara kerana setiap kali keluar, saya terpaksa memakai pelitup muka kerana bimbang diekori lelaki psiko itu.

“Saya berharap pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan keluarga lelaki terbabit mengambil serius perkara ini. Takkan nak tunggu saya mati baru nak mengambil tindakan? ” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan M. Hussin Sollehuddin Zolkifly memaklumkan kertas siasatan berhubung kes itu dibuka dan direklasifikasi semula, di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia Malaysia (AKMM) 1998.

Harap cepat-cepat pihak berkuasa ambil tindakan terhadap kes ini. Kasihan mangsa hidup dalam ketakutan selama dekat 10 tahun tu. 

Baca: Pernah Diekori Hingga UK, Wanita Dedah 8 Tahun Kena Gangguan Seksual Dengan Lelaki Sama

Hh

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.